Ahad, 23 Mac 2008

PESTA KONVO UTM KE 40

Salam semua kepada member-member blog.. dah lama rasanya tak menulis blog nie.. arm sekarang sibuk skit dengan aktiviti dan assignment yang bertimbun-timbun.. sekarang nie bermula dari 20 March hingga 25 March 2008 berlangsung pesta konvokesyen UTM ke 40. Arm sekarang memegang jawatan sebagai Setiausaha Unit Keselamatan.. biasala kerja kesalamatan kadang-kadang nampak jer senang.. tapi sukar sebenarnya kalau tidak dapat kerja sama dari orang ramai.. hari ini akan berlangsungnya Autoshow dan sebelah malamnya bersama faizal AF4 dan pertandingan suara buluh perindu.. kalau siapa yang dekat dengan UTM skudai jemputlah datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta konvo ini.