Sabtu, 23 April 2011

Samsung Galaxy Tablet

Salam kepada semua, memang best bila boleh guna samsung tablet nie.. dah la boleh buat call lepas tu boleh surf internet dengan laju macam dekat komputer.. kelebihan samsung tablet nie boleh buat video call lepas tu kalau ada account YM pun boleh buat video call. Dengan Saiz yang tidak berapa besar, 7" ianya mudah untuk dibawa. Selain itu Samsung Galaxy Tablet ini juga menggunakan operating system Android dan mudah untuk mendapatkan software kerana terdapat banyak dalam Android Market. Pendek kata memang yang terbaik la.

Isnin, 27 September 2010

DiGi iPhone 4 Me

Teringin pula bila tengok i phone 4 yang tengah hangat di pasaran sekarang. Sememangnya sudah lama idamkan handphone model ini sebab banyak antaranya panggilan video yang memuaskan kerana dapat melihat wajah si dia dengan lebih jelas dan besar. Selain daripada itu model i phone ini juga dapat melakukan banyak tugasan dan boleh dijalankan dalam masa serentak dan batteri yang tahan lebih lama. Di samping kameranya yang direka khas untuk mengambil gambar dengan lebih jelas pada saiz 5 megapixel ianya juga dibangunkan dengan ketajaman dan kejelasan skrin paparan.


Untuk lebih mudah mendapatkan i phone 4 ini, bertukarlah kepada Digi dengan pelan yang lebih menjimatkan dan tiada caj terselindung...

Isnin, 12 Julai 2010

BOMBA CAWANGAN LANGKAWI

Pertandingan Kecekapan Bomba yang diadakan di Langkawi pada hari sabtu bersamaan dengan 10 Julai 2010 telah memberikan kenangan manis kepada pasukan daripada Boustead Yachts Sdn. Bhd. Kenangan ini adalah kerana pasukan ini telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada tahun 2010. Ini bermakna Pasukan Boustead Yachts Sdn. Bhd. telah menjadi juara bertahan kerana berjaya mempertahankan kejuaraannya pada tahun lepas. Tahniah di ucapkan kepada pasukan Boustead Yachts dan setinggi tahniah kepada juara individu kategori kecekapan alat pemadam api (Lelaki) kepada Mohd Hafiz dan Naib juara kategori kecekapan pemadam api (wanita) kepada Azimah binti Ahmad.

Sabtu, 3 Julai 2010

KAPAL SELAM KEDUA

Kalau dulu kapal selam pertama sampai tanpa di sambut oleh Tug Boat yang dibuat khas membantu kapal selam menghimpit ke pengkalan… Tetapi kali ini kepulangan kapal selam kedua telah dapat dibantu oleh Tug Boat yang yang dibina khas.. Kalau orang Malaysia boleh berbangga dengan Kapal Selam Kedua.. aku pula dapat berbangga kerana Hasil Kerja Boustead Yachts Sdn. Bhd. Telah berjaya membantu kapal selam Malaysia..

STREAMYX

Dah lama aku cuba untuk bertukar daripada Streamyx yang mengunakan sambung LAN dan akhirnya aku berjaya… Dengan WIFI mudah untuk aku ada dekat dalam bilik, dapur atau mana jer disekeliling untuk aku access internet… Terima kasih abang contractor kerana tolong settingkan WiFi tu… Lagu satu misi aku yang belum berjaya dengan program streamyx ialah untuk dapatkan Netbook… Harap esok lepas pergi daftar diterima borang aku untuk tersenarai dalam program streamyx yang terbaru tu…

Ahad, 27 Jun 2010

German Vs England

Kalau dilihat dari segi kemampuan yang ada pada England semua pemainnya boleh di katogerikan sebagai bintang. Tapi adakah dia berjaya menumpaskan German pada malam ini 27 June 10. Yang pasti pasukan pilihan aku malam ni ada Germany. Sape yang sokong England malam nie jangan bersedih kalau England kalah teruk malam nie.. Bak kata orang tua-tua "England dah jumpa pintu keluar".. hahahahha

Sabtu, 22 Mei 2010

SUDAH BERPUNYA

Dah lama tak update blog nie... Sajer nak upload gambar kenduri dulu walaupun dah 3 bulan dah kawin... Kawan-kawan selalu tanya... Bila nak kawin... Semua nie di sebabkan masa kenduri hari tu tak sempat nak panggil semua kawan... So aku upload jer la supaya mudah kawan2 tengok...