Sabtu, 28 November 2009

PERTUNANGAN

Setelah 7 tahun berkawan tanpa ikatan, sekarang aku dah bergelar tunangan orang.. korang nak tengok ker gambar tunang aku.. meh aku tunjukkan...

Selasa, 22 September 2009

SUASANA PAGI RAYA


Inilah Suasana pada pagi raya di Kg aku.. Tak der la ramai sangat... Ada yang tengah bersalaman selepas sembahyang raya.. Mana taknya ramai kawan2 lama yang dah lama tak berjumpa.. di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan Batin kepada semua orang yang mengenali diriku ini..

Sabtu, 15 Ogos 2009

BHT 23 and BHT 24


Salam kepada semua... Bot BHT 23 dan BHT 24 yang akan digunakan untuk menolak sub-marine malaysia telah di buat ujian untuk memastikan hull boat ini dalam keadaan yang stabil dan tidak ada kebocoran.. Bot ini di jangka disiapkan pada 28 Ogos 2009.

Sabtu, 25 Julai 2009

TUG BOAT 3D MODEL


Selamat sejahtera kepada semua. Tentu semua tak sabarkan nak tengok model tug boat yang akan digunakan untuk menolak sub marine masuk ke pelabuhan. Ini adalah model 3D untuk membayangkan penggunaan tug boat yang sedang di bina di Boustead Yachts Sdn. Bhd.

Ahad, 14 Jun 2009

Fadhilat Bulan Rejab

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga" 

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab,dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan  diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari  sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

** Moga kita semua dapat memanfaatkan bulan rejab dengan sebaiknya..

Rabu, 29 April 2009

TUG BOAT

TUG BOAT - Inilah rupanya tug boat atau boleh juga dikenali dengan nama boat tunda yang sedang dibina oleh Boustead Yachts Langkawi. Panjang boat ini adalah 13 meter.
Kerja-kerja pembinaan tug boat ini masih dalam 30%. Tug boat ini akan di hantar ke sabah untuk kerja2 menunda kapal selam.

Selasa, 14 April 2009

KONVOKESYEN 42 UTM

Skudai, 29/4/2009 adalah tarikh dan tempat aku menghadiri hari penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Mekanikal. Dalam anugerah ini aku di anugerahkan dengan Pingat Anugerah dekan. Masa dalam perjalan konvo nie sempat la aku bawa family aku jalan2 pusing malaysia.. abih duit yang aku spent untuk 2+++. nie gambar konvokesyen aku