Isnin, 31 Disember 2007

AZAM TAHUN 2008

Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru, tahun 2008.. terasa terlalu cepat masa berlalu.. usia pun dah meningkat ke 23 tahun.. ape yang diimpikan akan terus diperjuangkan dan diatur dengan pelbagai strategi untuk mengharungi masa depan yang dilalui setiap hari, waktu dan ketika..

Setiap tahun makhluk yang bernama manusia akan mempunyai azam yang tersendiri.. dengan azam yang ditanam di dalam hati dan senubari akan membuatkan seseorang itu maju dalam kehidupan harian... bercakap tentang azam apa azam tahun baru yang telah ditanam dalam diri korang semua..

Untuk tahun 2008 ni aku berazam untuk memperbaiki result dan ingin mencapai anugerah Dekan dalam tempoh 2 semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. . aku akan cuba mengatur strategi dan menanamkan sikap ingin belajar dalam diri.

Selain dari itu, aku juga berazam akan memperbaiki akhlak dan tingkah laku aku.. Bukan apa bila dah umur semakin meningkat.. perangai dah akhlak yang ditunjukkan biarlah lebih elok dan tidak seperti budak2 yang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang...

Aku berharap Azam aku akan tecapai.. Korang dah tahu pasal azam aku... aper pula azamm korang tahun 2008

Sabtu, 29 Disember 2007

HAI SEMUA MEMBER BLOG

Hai semua hampir sebulan tak dapat nak meluahkan perasaan dalam blog nie.. Rindu pula rasanya kepada member2 blog semua.. Almaklumla bila dah balik rumah internet tak der.. susah la skit na buka blog nie.. sekarang dah kembali ke UTM.. so dapat la tiap2 hari check blog nie... aper pun aku harap tahun depan yang bakal tiba tak lama lagi akan menjadi lebih bermakna dalam hidup kita...

Sabtu, 1 Disember 2007

RESULT SEMESETER 2007/2008 1

TUNGGU punya tunggu... akhirnya keputusan yang ditunggu2 dah pun kuar.. kali tak der la dapat anugerah DEKAN (DEAN LIST). tapi masih bersyukur sebab pointer tak der la jatuh teruk sangat. 0.05 jer jatuh... sem depan kena tekun lagi la aku untuk perbaiki balik result aku. sekarang result aku dalam himpunan dah tinggal 3.50.. nak kata untuk dapat first kelas memang la dah tak dapat. tapi yang penting dapat maintain result pun dah ok.. korang semua doakan semua semester aku dapat buat yang terbaik k..