Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru, tahun 2008.. terasa terlalu cepat masa berlalu.. usia pun dah meningkat ke 23 tahun.. ape yang diimpikan akan terus diperjuangkan dan diatur dengan pelbagai strategi untuk mengharungi masa depan yang dilalui setiap hari, waktu dan ketika..
Setiap tahun makhluk yang bernama manusia akan mempunyai azam yang tersendiri.. dengan azam yang ditanam di dalam hati dan senubari akan membuatkan seseorang itu maju dalam kehidupan harian... bercakap tentang azam apa azam tahun baru yang telah ditanam dalam diri korang semua..
Untuk tahun 2008 ni aku berazam untuk memperbaiki result dan ingin mencapai anugerah Dekan dalam tempoh 2 semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. . aku akan cuba mengatur strategi dan menanamkan sikap ingin belajar dalam diri.
Selain dari itu, aku juga berazam akan memperbaiki akhlak dan tingkah laku aku.. Bukan apa bila dah umur semakin meningkat.. perangai dah akhlak yang ditunjukkan biarlah lebih elok dan tidak seperti budak2 yang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang...
Aku berharap Azam aku akan tecapai.. Korang dah tahu pasal azam aku... aper pula azamm korang tahun 2008
1 ulasan:
Hai dik.. belajar di UTM Skudai ke? Ambil jurusan apa? Bila grad? Stadi rajin2 k! Kem salam kat lecture2 akak yg skema sgt dari FSKSM (Faculty of Computer Science & Information System): Dr Ali, Pn Noraini & En Mohad Fuad.
Catat Ulasan