Isnin, 22 Oktober 2007

KEPULANGAN Dr. SHEIKH MUSZAPHAR


ANGKASAWAN pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah selamat kembali ke bumi semalam apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan, petang semalam. Ketibaan Dr Sheikh Muszaphar dan dua lagi krew Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu. Mereka disambut delegasi pegawai kanan misi terbabit termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam (12.15 pagi, Malaysia).

Kita harus bersyukur kerana angkasawan pertama negara selamat mendarat dan berjaya melakukan misinya dengan sempurna. "Kejayaan misi ini adalah satu peristiwa bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia kerana ia membuka satu lagi lembaran baru dalam kejayaan negara, khususnya dalam sektor penerokaan angkasa lepas," kata Timbalan Perdana Menteri. Angkasawan Malaysia itu dijadualkan berada di sana untuk tempoh dua minggu lagi bagi tujuan kuarantin, sebelum kembali ke tanah air.

Tiada ulasan: