Khamis, 3 Januari 2008

MACAM-MACAM ADA

NIE aku berkongsi cerita yang aku baca dari akhbar.. kisah ni bukan pasal manusia yang melakukan kesilapan, tetapi tentang haiwan spesis ular yang melakukan kesilapan dalam hidupnya.. dah tak pasal kena pergi jumpa doktor wat pembedahan... tengok hebat tak.. haiwan pun kena bedah untuk diselamatkan..


Kisah nie berlaku apabila di Brisbane terdapat seekor ular yang tersilap menelan empat bola golf yang disangkanya telur ayam menyebabkan doktor melakukan pembedahan bagi menyelamatkan haiwan itu.


Nak dijadikan cerita sepasang suami isteri meletakkan bola itu dalam reban ayam mereka di Nobbys Creek di New South Wales untuk menggalakkan ayam betina bertelur. Biasa la kalau siapa yang ada ternak ayam dia tahu la kalau terlur asyik kena ambil dengan tuannya jer merajuk la si ayam tu..

Kemudian pasangan suami isteri ini mendapati ‘telur’ itu hilang dan seekor ular sawa terbaring berhampiran reban itu, bulan lalu.

Mereka membawa ular sepanjang 80 sentimeter itu ke Pusat Perlindungan Haiwan Liar Currumbin, di mana doktor haiwan kanan Michael Pyne menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bola golf.

** Nasib la haiwan tu takder akalkan... so tak leh la nak dikatogerikan sebagai melakukan perkara bodoh..

Tiada ulasan: