Rabu, 5 November 2008

ANALISIS MESIN PADI



ini gambaran bagi leraian komponen dan analisis mengunakan software FEM untuk struktur kerangka mesin padi.. penggunaan daya pada roller de husker adalah sebanyak 50 N bersamaan lebih kurang 5 kg. Manakala pada shatf kipas penepuk penggunaan daya adalah 75 N bersamaa lebih kurang 7.5 kg. Analisis yang digunakan adalah jenis static analysis bagi mengetahui stress pada stucture. dimension untuk analisis ini adalah dalam unit mm.

Ahad, 2 November 2008

MENANTI PAPER PERTAMA

wah berdebar plak rasanya semester walaupun ada 3 paper jer.. buku dah berselarak atas meja...mana tak berdebarnya takut result jatuh la katakan... 7 november nie dah start final exam sampai 14 nov. nie antara peralatan yang perlu untuk paper 7 november nie

Insyaallah semester nie semester terakhir dan menjadi kenangan yang terindah untuk aku di UTM.. aper pun aku harap member2 blog doa kan la aku moga berjaya..

MESIN PADI


ini projek system design semester nie yang mengambil banyak masa untuk menyiapkan model mesin padi ini. Model mesin ini mengambil kira proses meleraikan padi dari tangkai sehingga menghasil kan beras.

Selasa, 29 Julai 2008

SYSTEM DESIGN

SYSTEM DESIGN.. Nama subjek semester yang agak mencabar.. dalam subjek nie menghimpunkan semua subjek yang dah belajar selama nie untuk proses mereka bentuk suatu machine atau produk.. Dalam subjek nie tiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza untuk melakukan reka bentuk sehingga berfungsi.. "Paddy Process Machine" nie la tajuk yang dapat dalam subjek nie..

Di sebabkan permintaan kepada pertaniaan sekarang semakin meningkat, satu kajian dibuat untuk melakukan machine untuk petani kecil yang mampu mengeluarkan beras dengan hanya meletakkan tangkai padi yang telah dikerat oleh petani.. proses nie hanya untuk petani kecil kerana kaedah machine ini akan cuba menggabungkan proses;

Meleraikan padi dari takai

Mengeringkan kandungan air dalam Padi

Mengeluarkan husk dari padi

pengasingan husk dan beras

Disebabkan ianya hanya untuk petani kecil untuk persendirian maka kaedah Gred tidak diguna pakai dalam machine ini.

Khamis, 24 Julai 2008

BOWLING


PETANG kelmarin rezeki yang tak diduga... mulanya mata dah berat.. nak ajer tidur untuk hilangkan mengantuk yang dah lama dipendam... tetiba member datang kejutkan pula.. mulanya nak gak marah orang tengah ngntuk.. tetiba dia cakap jom aku payung kau main bowling untuk tournement... dengar jer orang nak payung.. terus bangun bersiap.. n then cepat-cepat pergi ke IOI kulai.. tiba di sana pendaftaran masih dibuka... dah selesai daftar.. main punya main.. akhirnya dengan tak diduga kumpulan aku memperolehi tempat kedua.. kira ok la tu kan... herm lepas nie dah tak tau bila plak nak boleh p main bowling..

Selasa, 15 Julai 2008

SEMESTER AKHIR

Tak sabar rasanya nak habiskan study... dah nak masuk lima tahun setengah dekat Universiti... Kelmarin sengaja pergi bersembang dengan Lecturer... ala sembang-sembang kosong dah lalu depan bilik dia... pastu gatal nak tanya pasal programming yer la dah minat sangat dengan programming nie... abih dia bagitau la programming punya bidang nie memang macam pisang panas di pasaran.. mana tidaknya... semua mesin nak dihasilkan sekarang semuanya nak kawal guna komputer dah memang la penting sangatkan...
Datang sekadar nak sembang-sembang... nak bertanya khabar.. dia promote buat Master plak lepas habis nie.. Aku bukan tak nak terus and terus hingga Phd. tapi nak kerja dulu la... so dia ada cakap saper yang semester akhir sekarang nie dah boleh isi borang untuk buat master.. untuk nak sambung Master dekat UTM nie layari www.sps.utm.my..

so korang decide la sendiri nak buat master by course (belajar jer dalam kelas) ke atau nak buat by research (kena buat kajian sendiri le)..

Ahad, 13 Julai 2008

TamaT IndustriaL TraininG


hah setelah sepuluh minggu berlalu... setelah sepuluh minggu tanpa berita... sekarang dah muncul balik dah... member2 blog semua harap-harap tu sihatlah yer... memang dah lama tak update blog nie sebab dekat tempat praktikal tak dapat nak akses blog.. herm nak buat macam na kan... so macam na pun masuk semester nie adalah semester akhir aku... harap dapat la yang terbaik... n mudah dapat kerja... Amin... korang semua pun doa2kan lah yer...

Ahad, 25 Mei 2008

LAFARGE TRAiNEE

Sekarang aku nie kiranya salah seorang dari Trainee yang ada dekat LAFARGE Kilang Langkawi.. Best juga training dekat sini.. mana tak bestnya dah dapat elaun lagi tu.. RM 600 sebulan.. Dalam Company nie aku dibawah Maintanance Department.. sebab bidang yang aku ambil di university pun dalam bidang mekanikal so kena la tau macam na nak maintain kilang dalam system mekanikal.. Happy gak bila training dekat sini sebab dapat tahu macam na nak bekerja dan bila salah tak kena marah sebab dalam training.. tapi kalau dah kerja buat salah abih la...

Jumaat, 18 April 2008

DI BELASAH ANGKARA PUTUS HUBUNGAN??

Terbaca keratan akhbar metro 18 April 2008, yang bertajuk di belasah kerana angkara putus hubungan. Sememangnya pekara macam ini tak patut berlaku. Bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar ingin memberi komen..

Sememangnya perkara ini tidak akan berlaku kalau ianya mempunyai pegangan agama yang kuat. Sememangnya tidak dinafikan bahawa putus cinta atau hubungan kekasih suatu perkara yang di dapat diterima akal. Tapi jika difikirkan secara mendalam, kita cuma merancang dan Allah menentukan dan sememangnya apa yang berlaku ada hikmahnya. Kenapa sampai ingin mencederakan seseorang. Cuba kita bayangkan patutkah kita membelasah seseorang sehingga nyaris menemui ajal hanya kerana putus cinta? so fikir-fikirkan lah.. terlalu banyak sangat terjadi benda macam nie.. berbaliklah pada tuntutan agama, pekara macam ini tidak akan berlaku..

Selasa, 15 April 2008

FINAL..

Dah siap kerja yang bertimbun2... esok start final exam... gerun gak tak sempak nak study.... dah lama rasanya menyepi hingga tak sempat nak update blog.. Lepas abih final nie ada latihan industri(LI) pula.. tapi dekat jer dengan rumah.. buat dekat LARFARGE MALAYAN CEMENT Langkawi.. rasa macam tak sabar plak nak balik langkawi nie.. dah lama tak balik nie.. dekat 3 bulan dah menyepi dekat negeri orang... nak juga balik tengok pemerintahan baru macam mana... Nie Jadual Final Semester nie...

16/4/2008 - English workplace.
17/4/2008 - Etika Profesional.
26/4/2008 - Hydraulic and pipe system.
27/4/2008 - Engineering Economy.
30/4/2008 - Engineering Management and Safety.

Ahad, 23 Mac 2008

PESTA KONVO UTM KE 40

Salam semua kepada member-member blog.. dah lama rasanya tak menulis blog nie.. arm sekarang sibuk skit dengan aktiviti dan assignment yang bertimbun-timbun.. sekarang nie bermula dari 20 March hingga 25 March 2008 berlangsung pesta konvokesyen UTM ke 40. Arm sekarang memegang jawatan sebagai Setiausaha Unit Keselamatan.. biasala kerja kesalamatan kadang-kadang nampak jer senang.. tapi sukar sebenarnya kalau tidak dapat kerja sama dari orang ramai.. hari ini akan berlangsungnya Autoshow dan sebelah malamnya bersama faizal AF4 dan pertandingan suara buluh perindu.. kalau siapa yang dekat dengan UTM skudai jemputlah datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta konvo ini.

Isnin, 18 Februari 2008

KESIBUKAN MELANDA

SUDAH LAMA AGAKNYA AKU TAK UPDATE BLOG AKU NIE... salam kepada semua kawan-kawan blog semua.. aku bukan tak nak berkecimpung dalam dunia blog lagi.. tapi kesibukan yang melanda hari-hair aku membuatkan aku kurang masa untuk meluangkan masa untuk Dunia Blog..

Aku sekarang tengah sibuk membuat projek aku.. iaitu analisis getaran pada plate.. sekarang sudah mencapai 50%.. so member2 doakan la aku dalam tiada masalah dalam setiap analisis yang aku lakukan..

Isnin, 14 Januari 2008

KENA TAG DENGAN SHAYZ

HERM shayz nie lah wallpaper laptop Arm ... tak der la yang menarik.. cuma gambar bersama dengan buah hati.. Gambar yang diambil nie masa pergi jejalan dengan buah hati di Kawasan Cable Car, Langkawi....
**P/s: ok tak wallpaper nie...

Isnin, 7 Januari 2008

DEFINASI ANAK YATIM

APAKAH definasi anak yatim yang sebenar.. adakah semua orang yang kematian ibu atau bapa dikenali sebagai anak yatim.. Kalau kita katakan anak yatim adalah anak yang kehilangan ibu atau bapa.. adakah seseorang yang berumur 5o tahun ke atas yang mempunyai anak dan suami atau isteri itu dikenali sebagai anak yatim??

Persoalan ini kurang jelas diminda saya.. Tapi bila dikaji dari spekulasi ayat-ayat yang diterangkan didalam setiap perkara mengenai Anak Yatim, definasi anak yatim tidaklah hanya menjurus kepada seseorang yang kematian ibu atau ayahnya.. "anak yatim adalah anak kehilangan ibu atau ayah ketika mereka masih kecil sehinggalah mereka mempunyai institusi keluarga tersendiri"..

Ketika anak yatim masih kecil sesorang yang diamanah untuk menjaga harta anak yatim harus menjaga harta anak yatim dengan baik adalah dituntut dalam Islam. Ianya telah dijelaskan dalam Surah An-Nisa’, ayat 5 – “Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik”.

Manakala dalam ayat ke-6 Surah An-Nisa’ yang bermaksud :”Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pandanganmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta, maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas yang berpatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas (atas persaksian itu)”.

dalam ayat ke-6 ini kita lebih jelas dengan definasi anak yatim, bahawa anak yatim ini sememangnya tergolong dalam golongan mereka yang belum cukup umur dan belum mempunyai institusi keluarga.

** KALAU definasi ini tidak tepat. Sila berikan ulasan tentang topik ini...

Sabtu, 5 Januari 2008

KAIL OH KAIL


Kail yang diperbaharui untuk tangkapan ikan oleh para nelayan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Melaka. Mereka akan menguji mata kail jenis ‘Circle Hook’ bagi menggantikan ‘J Hook’ yang diguna pakai nelayan negeri ini dalam usaha mengurangkan kematian spesies bukan sasaran yang menjadi mangsa tangkapan. (kalau dapat anak ikan jangan la ambil yer.. biar la dia membesar dahulu.. kalau tak pupus keturunan ikan tu)

Mata kail jenis Circle Hook yang diuji nelayan Terengganu sejak awal tahun lalu didapati berkesan mengurangkan kadar kematian spesies dilindungi seperti penyu, mamalia laut ataupun ikan layaran, malah berjaya meningkatkan hasil tangkapan mereka.

Tambahan pula, mata kail ‘stainless steel’ ini semakin popular penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada bagi menangkap ikan tuna sirip kuning (Thunnus albacares) serta meninggikan kadar kelangsungan bagi spesies yang bukan sasaran.

Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Zawawi Ali, berkata untuk tujuan itu pihaknya bersedia meminjamkan 20 mata kail jenis ini untuk diuji nelayan yang berminat dan sekali gus membantu jabatan mempromosikan penggunaannya pada masa depan.

Zawawi berkata, reka bentuk mata kail ini bergaris tegak pada bahagian kaki dan hampir bulat (melengkung ke dalam), berbanding J Hook yang menegak selari (menyerupai huruf J).

“Cara ia berfungsi iaitu apabila ikan atau nelayan bergerak, mata kail akan tertarik ke bahagian tepi mulut ikan. Hujung mata kail akan menangkap bahagian tepi dan bukannya mulut seperti dilakukan J Hook menyebabkan ia tersangkut pada bahagian dalam mulut, insang serta kerongkong.

“Bentuknya yang melengkung itu direka supaya ikan sukar hendak melepaskan diri walaupun pada tali yang kendur, ia selamat digunakan termasuk kurang risiko tersangkut pada batu karang atau bahagian atas bot dan amat berkesan memegang umpan mati atau hidup.

“Mata kail ini memberi kadar tinggi untuk hidup terhadap ikan yang ditangkap, berbanding J Hook yang kadang-kadang sebelum dinaikkan ke dalam bot hasil tangkapan berkenaan sudah mati. Pada masa yang sama mata kail J Hook turut menjejaskan hasil tangkapan dan menimbulkan kecederaan pada mata ikan,” katanya kepada Joran.

Paling penting mata kail ini menepati kehendak persatuan antarabangsa bagi memastikan aktiviti perikanan yang lebih bertanggungjawab (CCRF), mengurangkan kematian penyu (FAO dan IOSEA) serta ASEAN dalam menentukan perikanan dan pengurusan sumber dilakukan secara mapan.

Kajian juga mendapati Circle Hook tidak mencederakan penyu kerana pusat lengkungan mata kail ini tidak mudah tersangkut pada mana-mana bahagian haiwan vertebrata berkenaan, sekali gus boleh membunuh ikan.

Khamis, 3 Januari 2008

MAKCIK PC


Makcik PC adalah satu jenama komputer keluaran MIMOS Berhad, di Taman Teknologi Malaysia, Malaysia dan dipasarkan pada tahun 2009. Komputer ini merupakan komputer ternipis di dunia dan murah serta sesuai untuk semua peringkat umur termasuk warga tua. Komputer ini dilengkapi ikon yang mudah difahami seperti Masjid, sampul surat dan troli pada skrin.

Prototaip komputer Makcik PC dilancarkan semasa Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari Jumaat, 30 November 2007 yang lalu.

Berat komputer ini hanya 800 gram, lengkap dengan Wifi, Bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar. Makcik PC turut disertakan kabel sambungan televisyen. Harga jualan seunit ialah RM537 hingga RM1,008 mengikut spesifikasi.

Nama komputer tersebut melambangkan betapa mudahnya ia digunakan sehingga ia dapat digunakan walaupun oleh orang biasa dan para makcik-makcik. Ini adalah bagi menjadikan komputer sebagai barangan pengguna harian, yang tidak perlu takut bagi menggunakannnya. Sasaran komputer ini adalah para suri rumah, pelajar dan peniaga kecil.

MACAM-MACAM ADA

NIE aku berkongsi cerita yang aku baca dari akhbar.. kisah ni bukan pasal manusia yang melakukan kesilapan, tetapi tentang haiwan spesis ular yang melakukan kesilapan dalam hidupnya.. dah tak pasal kena pergi jumpa doktor wat pembedahan... tengok hebat tak.. haiwan pun kena bedah untuk diselamatkan..


Kisah nie berlaku apabila di Brisbane terdapat seekor ular yang tersilap menelan empat bola golf yang disangkanya telur ayam menyebabkan doktor melakukan pembedahan bagi menyelamatkan haiwan itu.


Nak dijadikan cerita sepasang suami isteri meletakkan bola itu dalam reban ayam mereka di Nobbys Creek di New South Wales untuk menggalakkan ayam betina bertelur. Biasa la kalau siapa yang ada ternak ayam dia tahu la kalau terlur asyik kena ambil dengan tuannya jer merajuk la si ayam tu..

Kemudian pasangan suami isteri ini mendapati ‘telur’ itu hilang dan seekor ular sawa terbaring berhampiran reban itu, bulan lalu.

Mereka membawa ular sepanjang 80 sentimeter itu ke Pusat Perlindungan Haiwan Liar Currumbin, di mana doktor haiwan kanan Michael Pyne menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bola golf.

** Nasib la haiwan tu takder akalkan... so tak leh la nak dikatogerikan sebagai melakukan perkara bodoh..