Isnin, 7 Januari 2008

DEFINASI ANAK YATIM

APAKAH definasi anak yatim yang sebenar.. adakah semua orang yang kematian ibu atau bapa dikenali sebagai anak yatim.. Kalau kita katakan anak yatim adalah anak yang kehilangan ibu atau bapa.. adakah seseorang yang berumur 5o tahun ke atas yang mempunyai anak dan suami atau isteri itu dikenali sebagai anak yatim??

Persoalan ini kurang jelas diminda saya.. Tapi bila dikaji dari spekulasi ayat-ayat yang diterangkan didalam setiap perkara mengenai Anak Yatim, definasi anak yatim tidaklah hanya menjurus kepada seseorang yang kematian ibu atau ayahnya.. "anak yatim adalah anak kehilangan ibu atau ayah ketika mereka masih kecil sehinggalah mereka mempunyai institusi keluarga tersendiri"..

Ketika anak yatim masih kecil sesorang yang diamanah untuk menjaga harta anak yatim harus menjaga harta anak yatim dengan baik adalah dituntut dalam Islam. Ianya telah dijelaskan dalam Surah An-Nisa’, ayat 5 – “Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik”.

Manakala dalam ayat ke-6 Surah An-Nisa’ yang bermaksud :”Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pandanganmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta, maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas yang berpatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas (atas persaksian itu)”.

dalam ayat ke-6 ini kita lebih jelas dengan definasi anak yatim, bahawa anak yatim ini sememangnya tergolong dalam golongan mereka yang belum cukup umur dan belum mempunyai institusi keluarga.

** KALAU definasi ini tidak tepat. Sila berikan ulasan tentang topik ini...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

tak salah saya anak yatim yang dimaksudkan dlm Al-Quran bermaksud anak yang kematian ayah.. ini kerana apabila seseorang kematian ayah, dia hilang tempat pergantungan.. mungkin ibu masih ada, tapi ibu sebagai seorang perempuan juga perlu tempat perlindungan..

bagi anak yang kematian ibu pula, memang sedih kerana kurang kasih sayang seorang ibu.. tapi ayahnya blh mencarikannya ibu baru, walaupun pasti tak sama..

tapi dari segi pembelaan, anak yang kematian ibu lebih terbela.. ini kerana ayahnya masih ada utk mempertahankannya. ayahnya blh menceraikan isteri baru jika isteri baru tidak memberikan kasih sayang yang mencukupi utk anaknya..

tapi bagi anak yang kematian ayah, sekiranya ibunya berkahwin semula, ibunya tidak mempunyai pilihan jika suami barunya itu tidak begitu menyayangi anaknya.

bagi saya sendiri, saya dan anak yatim saya terpaksa menerima apa jua cemuhan, leteran atau ketidak adilan suami terhadap anak yatim saya..

saya pula tidak mungkin ada keberanian untuk memarahi anak yatim beliau meskipun anak tiri saya tu nakal.. untuk menegur pun, saya kena marah balik.. inikan pulak utk berleter mengenai anak yatim beliau..

dahulu, saya kesiankan anak yatim beliau yang kematian ibu.. tapi rupanya dia lebih beruntung, berbanding anak yatim saya.. perasaan anak yatim saya tiada harga.. blh dimarah, dijerkah pada bila2 masa, mahupun didepan keluarga saya..

itulah bezanya anak yg kematian ibu dan bapa..