Khamis, 3 Januari 2008

MAKCIK PC


Makcik PC adalah satu jenama komputer keluaran MIMOS Berhad, di Taman Teknologi Malaysia, Malaysia dan dipasarkan pada tahun 2009. Komputer ini merupakan komputer ternipis di dunia dan murah serta sesuai untuk semua peringkat umur termasuk warga tua. Komputer ini dilengkapi ikon yang mudah difahami seperti Masjid, sampul surat dan troli pada skrin.

Prototaip komputer Makcik PC dilancarkan semasa Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari Jumaat, 30 November 2007 yang lalu.

Berat komputer ini hanya 800 gram, lengkap dengan Wifi, Bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar. Makcik PC turut disertakan kabel sambungan televisyen. Harga jualan seunit ialah RM537 hingga RM1,008 mengikut spesifikasi.

Nama komputer tersebut melambangkan betapa mudahnya ia digunakan sehingga ia dapat digunakan walaupun oleh orang biasa dan para makcik-makcik. Ini adalah bagi menjadikan komputer sebagai barangan pengguna harian, yang tidak perlu takut bagi menggunakannnya. Sasaran komputer ini adalah para suri rumah, pelajar dan peniaga kecil.

Tiada ulasan: