Isnin, 14 Januari 2008
KENA TAG DENGAN SHAYZ
**P/s: ok tak wallpaper nie...
Isnin, 7 Januari 2008
DEFINASI ANAK YATIM
Persoalan ini kurang jelas diminda saya.. Tapi bila dikaji dari spekulasi ayat-ayat yang diterangkan didalam setiap perkara mengenai Anak Yatim, definasi anak yatim tidaklah hanya menjurus kepada seseorang yang kematian ibu atau ayahnya.. "anak yatim adalah anak kehilangan ibu atau ayah ketika mereka masih kecil sehinggalah mereka mempunyai institusi keluarga tersendiri"..
Ketika anak yatim masih kecil sesorang yang diamanah untuk menjaga harta anak yatim harus menjaga harta anak yatim dengan baik adalah dituntut dalam Islam. Ianya telah dijelaskan dalam Surah An-Nisa’, ayat 5 – “Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik”.
Manakala dalam ayat ke-6 Surah An-Nisa’ yang bermaksud :”Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pandanganmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta, maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas yang berpatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas (atas persaksian itu)”.
dalam ayat ke-6 ini kita lebih jelas dengan definasi anak yatim, bahawa anak yatim ini sememangnya tergolong dalam golongan mereka yang belum cukup umur dan belum mempunyai institusi keluarga.
** KALAU definasi ini tidak tepat. Sila berikan ulasan tentang topik ini...
Sabtu, 5 Januari 2008
KAIL OH KAIL
Kail yang diperbaharui untuk tangkapan ikan oleh para nelayan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Melaka. Mereka akan menguji mata kail jenis ‘Circle Hook’ bagi menggantikan ‘J Hook’ yang diguna pakai nelayan negeri ini dalam usaha mengurangkan kematian spesies bukan sasaran yang menjadi mangsa tangkapan. (kalau dapat anak ikan jangan la ambil yer.. biar la dia membesar dahulu.. kalau tak pupus keturunan ikan tu)
Mata kail jenis Circle Hook yang diuji nelayan Terengganu sejak awal tahun lalu didapati berkesan mengurangkan kadar kematian spesies dilindungi seperti penyu, mamalia laut ataupun ikan layaran, malah berjaya meningkatkan hasil tangkapan mereka.
Tambahan pula, mata kail ‘stainless steel’ ini semakin popular penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada bagi menangkap ikan tuna sirip kuning (Thunnus albacares) serta meninggikan kadar kelangsungan bagi spesies yang bukan sasaran.
Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Zawawi Ali, berkata untuk tujuan itu pihaknya bersedia meminjamkan 20 mata kail jenis ini untuk diuji nelayan yang berminat dan sekali gus membantu jabatan mempromosikan penggunaannya pada masa depan.
Zawawi berkata, reka bentuk mata kail ini bergaris tegak pada bahagian kaki dan hampir bulat (melengkung ke dalam), berbanding J Hook yang menegak selari (menyerupai huruf J).
“Cara ia berfungsi iaitu apabila ikan atau nelayan bergerak, mata kail akan tertarik ke bahagian tepi mulut ikan. Hujung mata kail akan menangkap bahagian tepi dan bukannya mulut seperti dilakukan J Hook menyebabkan ia tersangkut pada bahagian dalam mulut, insang serta kerongkong.
“Bentuknya yang melengkung itu direka supaya ikan sukar hendak melepaskan diri walaupun pada tali yang kendur, ia selamat digunakan termasuk kurang risiko tersangkut pada batu karang atau bahagian atas bot dan amat berkesan memegang umpan mati atau hidup.
“Mata kail ini memberi kadar tinggi untuk hidup terhadap ikan yang ditangkap, berbanding J Hook yang kadang-kadang sebelum dinaikkan ke dalam bot hasil tangkapan berkenaan sudah mati. Pada masa yang sama mata kail J Hook turut menjejaskan hasil tangkapan dan menimbulkan kecederaan pada mata ikan,” katanya kepada Joran.
Paling penting mata kail ini menepati kehendak persatuan antarabangsa bagi memastikan aktiviti perikanan yang lebih bertanggungjawab (CCRF), mengurangkan kematian penyu (FAO dan IOSEA) serta ASEAN dalam menentukan perikanan dan pengurusan sumber dilakukan secara mapan.
Kajian juga mendapati Circle Hook tidak mencederakan penyu kerana pusat lengkungan mata kail ini tidak mudah tersangkut pada mana-mana bahagian haiwan vertebrata berkenaan, sekali gus boleh membunuh ikan.
Khamis, 3 Januari 2008
MAKCIK PC
Makcik PC adalah satu jenama komputer keluaran MIMOS Berhad, di Taman Teknologi Malaysia, Malaysia dan dipasarkan pada tahun 2009. Komputer ini merupakan komputer ternipis di dunia dan murah serta sesuai untuk semua peringkat umur termasuk warga tua. Komputer ini dilengkapi ikon yang mudah difahami seperti Masjid, sampul surat dan troli pada skrin.
Prototaip komputer Makcik PC dilancarkan semasa Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari Jumaat, 30 November 2007 yang lalu.
Berat komputer ini hanya 800 gram, lengkap dengan Wifi, Bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar. Makcik PC turut disertakan kabel sambungan televisyen. Harga jualan seunit ialah RM537 hingga RM1,008 mengikut spesifikasi.
Nama komputer tersebut melambangkan betapa mudahnya ia digunakan sehingga ia dapat digunakan walaupun oleh orang biasa dan para makcik-makcik. Ini adalah bagi menjadikan komputer sebagai barangan pengguna harian, yang tidak perlu takut bagi menggunakannnya. Sasaran komputer ini adalah para suri rumah, pelajar dan peniaga kecil.
MACAM-MACAM ADA
NIE aku berkongsi cerita yang aku baca dari akhbar.. kisah ni bukan pasal manusia yang melakukan kesilapan, tetapi tentang haiwan spesis ular yang melakukan kesilapan dalam hidupnya.. dah tak pasal kena pergi jumpa doktor wat pembedahan... tengok hebat tak.. haiwan pun kena bedah untuk diselamatkan..
Kisah nie berlaku apabila di Brisbane terdapat seekor ular yang tersilap menelan empat bola golf yang disangkanya telur ayam menyebabkan doktor melakukan pembedahan bagi menyelamatkan haiwan itu.
Nak dijadikan cerita sepasang suami isteri meletakkan bola itu dalam reban ayam mereka di Nobbys Creek di New South Wales untuk menggalakkan ayam betina bertelur. Biasa la kalau siapa yang ada ternak ayam dia tahu la kalau terlur asyik kena ambil dengan tuannya jer merajuk la si ayam tu..
Kemudian pasangan suami isteri ini mendapati ‘telur’ itu hilang dan seekor ular sawa terbaring berhampiran reban itu, bulan lalu.
** Nasib la haiwan tu takder akalkan... so tak leh la nak dikatogerikan sebagai melakukan perkara bodoh..