Rabu, 29 Ogos 2007

Tag TENTANG LIMA PERKARA

Pertama sekali nak minta maaf la sebab tak dapat nak masukkan gambar sebab ada problem skit…

5 BENDA DALAM BEG

  • Pensil
  • Pen
  • Calculator
  • Buku nota
  • Buka teks engineering

5 BENDA DALAM DOMPET

  • Wang 1000 Rupiah
  • My Kad
  • Kad Bank CIMB
  • Kad Bonus Link
  • Lesen Memandu

5 PERKARA SEDANG DILAKUKAN

  • Tengah study Subjek engineering
  • Update blog dengan Calendar baru
  • Layan Lagu kat Laptop
  • Sms dengan Makwe
  • Chat Yahoo Messenger

5 PERKARA YANG INGIN DILAKUKAN

  • Mengerjakan haji
  • Jaga mak dengan baik
  • Bina Banglo Mewah
  • Dapat Status Ir.
  • Menghasilkan satu design yang baru

5 KEGEMARAN DALAM BILIK

  • Laptop
  • Radio percuma Xpax (dengar sinar.fm)
  • Koleksi buku-buku lepas.
  • Teddy Bear hadiah dari Makwe
  • Katil (sedap kalau tidur)

Sabtu, 25 Ogos 2007

FORUM DI YOUR LIFE IS COLOURFUL


meh la beramai kita join dalam http://amridin85.20.forumer.com/index.php nie.. forum nie aku buat untuk kita semua dapat berkongsi idea dan meluahkan pendapat atau mengajukan soalan..
UNTUK MEMUDAHKAN ANDA BAGI PENGGUNAAN FORUM INI:

1. ANDA HARUS MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPADA FORUM http://amridin85.20.forumer.com/index.php (SENANG JER.. KLIK JER PADA REGISTER)

2. LEPAS KORANG DAH REGISTER.. KORANG KENA VERIFY KORANG PUNYA EMAIL.. (MASUK KAT EMAIL KORANG PASTU KLIK PADA VERIFY EMAIL YANG DIBERI)

3. PASTU KORANG DAH JADI AHLI FORUM NIE.. SO LEH LA GUNA FORUM NIE.

So meh la yer jadi member kepada forum nie..

Jumaat, 24 Ogos 2007

FIKIRKAN SEJENAK

Dalam kelam malam,

Aku berlari keseorangan,

Menuju sebuah pondok usang,

Dengan penuh ketakutan.


Pondok usang kini aku diami,

Pelbagai perubahan telah aku lakukan,

Demi merubah keadaan,

Yang gelap cuba aku terangkan.


Dalam tika aku cuba merubah,

Kenapa ada yang iri hati,

Ingin merobohkan pondok usang,

Dengan pelbagai cara mereka lakukan.


Aku tidak peduli,

Biarpun orang iri hati,

Biar pun ada khianat dan dengki,

Pondok usang akan ku ubah,

Jadikannya ianya sebuah yang mewah.


Kata-kata di atas aku merujuk kepada keadaan semasa sekarang.. kenapa ada yang cuba mengkhianati atau cuba iri hati dengan pelbagai cara mereka lakukan untuk menjatuhkan seseorang.. kenapa tidak ada yang ingin membantu atau jika ada pun segelintir sahaja..jika dulu bangsa kita dijajah dan terdapat sejarah hitam, bukan mudah untuk kita dapatkan kembali Negara ini dengan penuh kekejaman dan ketakutan.. kenapa hari ini kita tidak sama2 berganding bahu untuk melakukan perubahan kepada masyakat, bangsa dan agama.. fikirkan sejenak.. apa kita tergolong dalam orang yang cuba meroboh pondok usang.. atau orang yang cuba merubah pondok hitam


Rabu, 22 Ogos 2007

Graduan UTM penerima PhD termuda

Dalam tempoh seminggu, rekod Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda negara, kemudian ianya dipecahkan pula apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru.

Pada majlis itu, Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25, akan dianugerahkan ijazah PhD, sekali gus mengatasi rekod Siti Norasmah Surip, 26, yang menerima ijazah sama pada konvokesyen UKM minggu lalu. Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak dan memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000.

Beliau kemudian mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan tamat pada 2003. Beliau diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu pada peringkat sarjana.

Disebabkan pencapaian cemerlangnya pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.

Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.

Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.

Sharifah Rafidah kini dilantik pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.

UTM juarai Uniten Rowing Invitational 2007

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjuarai pertandingan Uniten Rowing Invitational 2007 selepas mengutip 96 mata, mengatasi pencabarnya, Universiti Malaya (UM) yang menduduki tempat kedua dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 89.

Tempat ketiga dimenangi Universiti Tenaga Nasional (Uniten), apabila berjaya mengumpul sebanyak 75 mata dan semua pemenang membawa pulang sijil dan piala. Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden/Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Pertandingan anjuran bersama Uniten dan Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama) itu diadakan selama empat hari mulai 16 Ogos lalu bertempat di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan tahun ini iaitu 13 pasukan mewakili institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, manakala baki tiga pasukan lagi mewakili Singapura dan Filipina.

Antaranya, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Ateneo, Filipina; Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Selain itu penyertaan dari empat pasukan sekolah menengah sekitar Putrajaya iaitu Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya; Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 1 dan SMK Putrajaya 2.

Sementara itu, Che Khalib ketika berucap berkata, pertandingan itu diadakan sejak 2005 dengan hanya enam penyertaan.

"Pertandingan ini bertujuan memperkenal dan mempopularkan sukan mendayung di kalangan pelajar IPT, sekali gus mengenengahkan Pusat Rekreasi Air Putrajaya sebagai lokasi utama sukan air negara.

"Lagipun, TNB yakin sukan adalah kegiatan luar terbaik untuk membina j ati diri golongan muda," katanya.

Katanya, kegiatan mendayung menerapkan tiga elemen penting iaitu kekuatan, daya ketahanan dan semangat berkumpulan, yang amat penting dalam kehidupan seharian.

MINI KONSERT PESTA KONVO KE 39

Sudah berakhir pesta konvokesyen UTM ke 39 hari ini, semua urusan telah beres dilaksanakan oleh semua urusetia dengan jayanya sekali.. pada 19 Ogos hari tu telah berlangsung mini konsert yang dianjurkan oleh kosmo dengan menjemput artis undangan iaitu, saiful, fazli zainal, aris ariwatan dan jay-jay... nak cerita sedikit pengalaman la.. sebenarnya bukan senang nak handle artis nie.. bagi artis baru memang tak der masalah memang tak der banyak karenah.. tapi untuk artis yang dah lama dalam bidang nyanyian ni.. wah bukan main lagi lagaknya... tapi aper pun aku respek la pada aris ariwatan... sebab mesra dengan semua tapi untuk artis yang sorang lagi nie.. bukan aku nak katala memang banyak karenah la.. Walaupun banyak karenah.. ada juga ketika dia ok... tapi aper pun semua berjalan dengan lancar...
BERGAMBAR BERSAMA SAIFUL (M.I)

BERSAMA ARIS ARIWATAN

BERSAMA FAZLI ZAINAL

BERSAMA JAY JAY

Ahad, 19 Ogos 2007

AUTOSHOW KONVO KE 39 UTM

Pada pagi hari ini bermula jam 9.00 Pesta Konvo UTM ke-39 telah menganjurkan pertandingan mewarna yang ditaja sepenuhnya oleh McDonald's.. pertandingan mewarna ini dibahagikan kepada tiga katogeri iaitu kategori A untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. kategori B untuk kanak yang berumur 7-10 tahun dan kategori C untuk 11-12 tahun... memang hebat kalau kita tengok bagaimana mereka mewarna.. dibawah adalah lukisan yang diwarnakan oleh pemenang...



Untuk pertandingan Autoshow ianya bermula pada pukul 1 tengah hari lebih kurang 30 kereta yang masuk bertandingan dalam beberapa katogeri dalam Autoshow yang dianjurkan ini.. Apa yang hebatnya dalam pertandingan Autoshow ini adalah pelbagai jenis kereta yang dihiaskan.. hingga ada yang mencecah 60 ribu untuk menghias kereta sahaja..


selain itu, terdapat juga kumpulan Vespa yang membuat pertunjukan seperti Vespa paling lambat.. ala-ala pertandingan basikal lambat tu... memang meriah la hari ini di tapak pesta... rugi la kepada sesiapa yang berkunjung..


setelah kita puas melihat pertunjukan seperti diatas kita di dihiburkan dengan persembahan PSI (seeker's) oleh Uncle dan anak buahnya.. selain itu ada lakaran grafiti untuk pesta konvo ke 39 ini.


malam ini pula akan dihangatkan dengan nyanyian mini konsert yang dianjurkan oleh Akhbar Kosmo.. memang best la...

Jumaat, 17 Ogos 2007

PESTA KONVO UTM KE-39


Datang la berkunjung beramai-ramai ke Pesta Konvo UTM Skudai untuk memeriahkan majlis Pesta Konvokesyen ke-39 ini.. Terdapat pelbagai yang menanti anda di tapak pesta ini.. antara yang menarik yang terdapat di pesta konvo ini ialah rumah hantu.. memang seram la… sure terkejut punya kalau korang masuk dalam rumah hantu ini.. selain itu terdapat green golf mini yang mempunyai tujuh lubang dan permainan ini hanya diadakan di Pesta Konvo UTM sahaja dan tiada ditempat lain.. selain itu.. untuk yang ingin menaiki beca.. beca juga disediakan untuk para pengunjung bergambar dan mengelilingi tapak pesta konvo ini dengan menaiki beca… UNTUK MAKLUMAT LEBIH TERPERINCI DIBAWAH ADALAH TENTATIF PROGRAM..

17 0G0S

JAM 2 PETANG : PERSEMBAHAN SENI BELA DIRI

JAM 8 MALAM : PERTANDINGAN SUARA PARIOTIK DAN NASYID

18 OGOS

PERTADINGAN MEMASAK

UTM EXPLORACE

FUTSAL TAJAAN CELCOM

JAM 2 PETANG : SARINGAN JUARA KUGIRAN BERSAMA KARTUNIS MOY

JAM 8 MALAM : PETANDINGAN AKHIR JUARA KUGIRAN

19 OGOS

JAM 9 MALAM:MINI KONSERT BERSAMA
- FAZLI ZAINAL
- JAY JAY
- ARIS ARIWATAN
- SAIFUL (M.I)

Khamis, 16 Ogos 2007

BASIKAL KAYU

BASIKAL memang biasa kelihatan di mana-mana namun pernahkah anda melihat basikal yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya?

Memang ia tidak boleh ditunggang namun kehadiran basikal berkenaan di Galeria Perdana, Langkawi nyata mampu menarik perhatian ramai pengunjung.

Basikal yang menjadi koleksi peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini dihadiahkan oleh warga Sekolah Menengah Vokasional Muadzam Shah, Pahang pada 1994.

Basikal antik ini dihasilkan daripada campuran kayu cengal dan papan lapis serta lima peratus besi untuk bahagian tertentu.

Ia disiapkan pelajar dan guru sekolah berkenaan dalam tempoh dua bulan sempena pertandingan Kemahiran dan Rekacipta Peringkat Kebangsaan 1994. Seperti diduga, basikal ini memenangi pertandingan itu dan pihak sekolah mengambil keputusan untuk menghadiahkannya kepada Tun.

Biarpun berusia 13 tahun namun kerana dijaga rapi, basikal ini masih kelihatan baru dan berkilat, tidak hairanlah ramai pengunjung seakan tidak percaya umurnya.

Antara koleksi yang dipamerkan bersama ialah beberapa jenis basikal termasuk basikal bermotor baron, elektrik, basikal lumba Shogun dan lumba Colnago, Itali.

Selain itu, ruang pameran di tingkat bawah blok C ini turut memuatkan pelbagai jenis koleksi kenderaan Tun yang dihadiahkan orang perseorangan mahupun syarikat terkemuka.

Pastinya, ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan bersama kereta lumba Formula Satu, F1 Sauber Petronas yang pernah dinaiki Nick Heidfeld.

Selain itu, ada tiga kereta kuda antik turut dipamerkan antaranya dari Argentina dan Kelantan.

Namun, koleksi kenderaan ini hanya sebahagian saja. Lengkapkan kunjungan anda ke pameran cenderahati dan anugerah terbesar negara ini dengan melihat sendiri pelbagai koleksi Tun dan isteri yang begitu unik serta mempunyai makna tersendiri.

Galeria Perdana yang mempunyai tiga bangunan dibahagikan mengikut kategori tertentu seperti tingkat bawah blok A yang menempatkan hadiah unik daripada jenis batu, kristal, kaca serta batuan permata manakala tingkat satu memuatkan barangan hiasan rumah yang diperbuat daripada porselin serta tekstil yang memaparkan unsur Islam.

Sementara itu, pengunjung juga pasti terpegun dengan sebuah ukiran batu yang digelar Window of Opportunity di depan pintu masuk terbaru Galeria Perdana.

Batu berusia jutaan tahun ini dibawa khas dari Zimbabwe dan diukir oleh juruukir terkenal, Gerald Takawira.

Dengan ketinggian tiga meter, ukiran batu ini disokong oleh ukiran lima bilah menegak yang menggambarkan kunci utama kepada pembangunan infrastruktur negara serta visi, strategi dan polisi Tun Dr Mahathir.

Isnin, 13 Ogos 2007

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Jumaat, 3 Ogos 2007

APA BESTNYA LANGKAWI

Selalu soalan tu diajukan kepada aku... kekadang aku tak tahu nak cakap aper yang bestnya sebab itu kawasan aku... herm dari kecil tinggal kat langkawi... tapi aku nak suggest la kat korang.. yang nampak best kat langkawi antaranya cable car... bila korang naik atas korang dapat la lihat pemandangan langkawi.. cable car nie terletak di gunung mat chincang dengan ketinggian 708 meter dan kecerunan dia punya landasan cable car nie ada 42 darjah... ok nie gambarnya
kalau datang langkawi jangan la lepaskan peluang

Rabu, 1 Ogos 2007

CORETAN MERDEKA

Tanah Airku,

Dahulu engkau milik melayu,

Berpijak pada naungan yang satu,

Tetapi bertuankan barat,

Kerana ianya angkara penipu..


 

Tetapi itu dahulu

Sesudah kita menuntut merdeka

Perundingan itu cara kita

Kejayaan dinikmati pelbagai bangsa


 

Sesudah kini kita merdeka,

Menuju pula kepunjak jaya.

Kita sudah kembali berkuasa

Melonjak tinggi di persada dunia


 

Walau semuanya kita kecapi bersama,

Jangan lah kita mudah lupa

Penat lelah perjuangan mereka

Menuntut kemerdekaan untuk Malaysia


 

COPYRIGTH: MOHD AMRI B. DIN

TIPs KETIKA BERPASANGAN

Setiap orang akan hidup berpasangan apabila sudah sampai masa dan ketikanya, kita tahu bahawa jodoh itu ketentuan ilahi… Tetapi adakah kita perlu berdiam diri?? Tentu tidakkan… Kita tentu akan mencari pasangan yang serasi dan secocok dengan kita.. Adakah mudah untuk mendapat pasangan yang dikatakan begitu serasi dan secocok ini.. "sedangkan lidah lagikan tergigit"…. untuk yang sudah berpasangan atau belum berpasangan… di sini dimuatkan tips untuk kita renungi bersama adakah ianya bagus atau tidak.. jika bagus jadikan ia sebagai ingatan.. jika tidak usah peduli tips ini..


 

JADIKAN PASANGAN ANDA SEBAGAI SAHABAT SEJATI

KEBALKAN DIRI TERHADAP KRITIKAN YANG DATANG

BANGKITKAN PUJIAN DAN PENGHARGAAN TERHADAP PASANGAN ANDA

HILANGKAN SIFAT MENGONGKONG

MULAILAH DENGAN CARA YANG RAMAH DAN MESRA

ADA HIKMAH DI SEBALIK MASALAH DAN KEJADIAN

SALING BERKONGSI PENGALAMAN BARU

HARGAI SIFAT DAN PERASAAN YANG ADA

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK