Rabu, 25 Julai 2007

DIHUKUM SULA (JENAKA)

Di sebuah kampung, ada tiga sahabat yang selalu bertengkar.. tidak kira dimana jua.. tidak kira apa yang mereka lakukan (macam iklan ali café plak ayatnya).. mereka akan bertengkar dan terus bertengkar.. disebabkan pertengkaran mereka yang tak pernah berakhir ini.. maka berita tentang pergaduhan mereka sampai ke telinga sultan..

“Beta mahu pengawal panggil kan tiga pemuda di hujung kampung yang selalu sangat bertengkar menghadap Beta dibalai penghadapan” kata sultan kepada pengawal.. Maka arahan yang diamanatkan kepada pengawal itu pun diketahuilah oleh mereka bertiga.. keesokan harinya.. disebabkan perasaan taat setia pada perintah sultan.. maka mereka terus ke balai penghadapan. “Ampun tuanku, patik bertiga dating menghadap tuanku atas arahan tuanku” kata mereka serentak.. “Beta dengar akan kelakuan kamu bertiga dari mulut setiap rakyat Beta.. Disebabkan kamu gemar akan bergaduh. Maka Beta mahu kamu tiga orang merantau mencari buah-buahan yang pelik. Apabila kamu berjumpa buah-buahan yang pelik baru kamu dibenarkan pulang. Jika tidak kamu akan menerima hukuman yang keras..” titah sultan memberi hukuman.. “

Tanpa membuang masa mereka bertiga bersurai.. di hadapan pintu masuk istana terdapat tiga cabang jalan utama.. setiap seorang mengambil satu jalan.. dipendekkan cerita.. sesudah jauh mereka berjalan maka sahabat pertama berjumpa dengan buah timun.. “rupanya sangat pelik” bisik hati sahabat pertama.. dengan perasaan gembira dia pun berpatah balik untuk ke istana.. Manakala sahabat kedua pula berjumpa dengan buah petola yang rupanya besar dan kulitnya berkilat.. “wah hamba sudah ketemu buah yang pelik” bisik hati sahabat kedua ini… begitu juga dengan sahabat ketiga.. sahabat ketiga ini menjumpai buah yang pelik buah durian.. dengan durinya yang berkilat dan tajam yang amat sangat.

Dalam perjalanan pulang sahabat ini bertemu kembali di persimpangan tiga jalan utama sebelum ini.. dan mereka terus menghadap sultan.. “Apakah kamu semua ketemu buah yang pelik disebabkan itu kamu pulang” sultan bertanya kepada mereka. Tanpa membuang masa.. sahabat pertama menghadap sultan dengan buah timun yang besar itu.. “ahh.. Beta rasa buah ini tidak pelik.. oleh itu kamu dihukum sula dengan buah ini”.. maka adegan meraung memecah kesunyian istana bermula.. kini sahabat kedua pula menghadap sultan dengan buah petola yang besar saiznya.. ayat yang sama diulang oleh sultan.. “ahh.. Beta rasa buah ini tidak pelik.. oleh itu kamu dihukum sula dengan buah ini”.. jika sebelum ini sahabat pertama meraung dengan jeritan yang dahsyat.. tapi sahabat kedua dengan gelak ketawa.. “kenapa kamu ketawa” Tanya sultan kepada sahabat kedua.. “jika kami bedua dihukum sula dengan buah yang kami jumpa ini, kami masih boleh bertahan.. tapi” belum sempat ayat dihabiskan sultan mencelah “tapi apa…” “tapi jika sahabat yang ketiga dihukum dengan hukuman sula.. dialah yang paling malang.. dihukum sula dengan buah durian” jawapnya dengan nada ketawa…

*kasihankan jika disula dengan buah durian.. dah la berduri tajam pula tu.. hahaha…

Tiada ulasan: