Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi
Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'
Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
KOMENKAN TENTANG PUISI DIATAS DENGAN MAKNA YANG ANDA FAHAMI..
SAMA-SAMA KITA BERKONGSI PENDAPAT

3 ulasan:
entah la rasa macam puisi mengisahkan seorang yang nak hidup berdikari walaupun ada yang sanggup membantu.. itu pada pendapat aku la
Puisi ini mengisahkan tentang seorang anak kecil yang tabah dan cekal dalam menempuhi liku-liku kehidupannya yang berbaurkan kesedihan serta keperitan.Meskipun begitu,anak kecil ini tidak patah semangat dan terus bangkit dalam menjalani kehidupannya yang sedemikian,serba kekurangan.Walaupun anak kecil ini terpaksa bersendirian namun anak kecil ini tetap bersemangat dan terus bangkit untuk memperjuangkan hidupnya tanpa hanya bergantung kepada suratan takdirnya.Anak kecil ini juga,mengajar agar tidak mudah menyerah dalam apa jua bentuk hidup yang terpaksa kita lalui,oleh kerana yang penting adalah kita harus mendekatkan diri dan percaya kepada yang "Maha Esa Allah s.w.t".
Sharif Ahmad...

Catat Ulasan