Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan Dalam batas yg wajar
Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
4 ulasan:
bagus betul post nih. berguna waktu nak carik awek. ciri2 yg penting. hang macam mana? dah ada yg menepati semua ciri2 tersebut?
dah ada dah.. semua ciri tu ada.. kira lengkap la.. kalau hang nak cari.. cari la yang ok.. nanti nak jadi teman dunia akhirat
Ramai le pompuan kat luar tu tak tawen kalo sumuer lelaki Mesia carik calon isteli serupa itu.... Mangkin bertambah le andalusia ( Anak dara lanjut usia) di Malaysia terchenta tu....nasib baik aku dah tawen....heheheheheh
tak per... sekadar renungan jer tu.. ala tak semua orang tu perfect.. tapi sajer nak bagi ciri..untuk kaum hawa tahu apa ciri2 yang lelaki idamkan
Catat Ulasan