Selasa, 17 Julai 2007

HISTORY OF THE LEGEND ISLAND


History of The Lagend Island.. Kisah nama-nama tempat di langkawi diperolehi di sebabkan pergaduhan antara mat raya dan mat chincang.. pergaduhan ini dikatakan berlaku ketika majlis keramaian..

Kita tentu tahu bukan, di majlis keramaian terdapat kawasan memasak dan kawasan bagi orang ramai. pergaduhan ini dikatakan berlaku dikawasan memasak.. dalam pergelutan di sebabkan pergaduhan belanga yang disediakan untuk aktiviti memasak telah disepak oleh salah seorang daripada mereka.. apabila belanga itu jatuh.. ia dinamakan kawasan belanga pecah.. kemudiannya Kawasan Kuah mendapat nama akibat kuah yang terdapat dalam belanga tadi mengalir keluar dan kawasan ini dinamakan Kawasan Kuah..

Bagaimana pula dengan cerita air hangat??? tentu la dalam satu cerita juga.. kawasan ayer hangat mendapat nama disebabkan ayer hangat yang tumpah dikawasan tersebut.. jika anda tidak percaya.. kawasan ini dahulunya memang terdapat kawasan air yang hangat... dan sekarang setelah diubah suai.. ianya tidak lagi seperti dahulu.. air yang dahulunya hangat sekarang sudah tinggal cerita..

Terlalu banyak rasanya jika hendak saya ceritakan.. apa kata saya cadangkan saudara/saudari datang sendiri dan melawat kawasan2 yang dikatakan bersejarah dalam pulau langkawi..


Technorati Profile

Tiada ulasan: