Isnin, 30 Julai 2007

MENGAPA MENGANGGUR

Kadar pengangguran di Negara ini semakin meruncing kebelakangan ini. Mengapa ini berlaku?? Kita selalu mendengar Graduan masa kini mengeluh kerana usaha mencari kerja tidak membuahkan hasil. Dalam perkara ini kita kita tidak beloh menyalahkan Graduan sahaja atau menyalahkan majikan sahaja.. Malah dari permerhatian terhadap kedua-duanya ada sedikit yang harus diperbaiki.. Pada pandangan saya, berikut adalah sebab mengapa berlaku pengangguran..

  1. Disebabkan Graduan

    ~Graduan yang melahirkan diri mereka sendiri sebagai graduan tidak berkualiti. Ini berlaku semasa di peringkat pengajian tinggi dimana mereka hanya mengejar untuk mendapat segulung Ijazah/diploma. Ilmu yang mereka pelajari akan dilupakan setiap kali memasuki semester baru.. ini akan member kesan kepada Graduan dimana mereka hanya mempunyai segulung ijazah/diploma tetapi tidak tahu dalam aplikasi sebenar.

    ~Graduan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Dimana mereka tidak yakin untuk berdepan dengan interview dan tidak yakin bahawa mereka boleh melakukan tugas/jawatan yang dipohon.

    ~Lemah dalam pengusaan bahasa Inggeris. Dimana ketika ini pengusaan bahasa inggeris adalah penting dan harus dipelajari untuk kita bersaing dalam mendapatkan kerja..

  2. Disebabkan Majikan

    ~Majikan yang mahukan perkerja yang berpengalaman.. Jika lihat pada mana-mana iklan jawatan kosong. Kita dapati kelayakan untuk memohon pekerjaan tersebut adalah pengalaman selama beberapa tahun walaupun bukan dalam bidang pekerjaan kritikal. Oleh itu bagaimana dengan fresh Graduan untuk mendapatkan jawatan tersebut. Ingatlah wahai majikan..

    "sebelum kamu bekerja.. kamu juga dalam golongan yang tak berpengalaman.. siapa yang beri kamu pengalaman.. tentu disebabkan peluang.. Apasalahnya jika beri peluang kepada fresh graduan untuk mereka tunjukkan yang mereka mampu melakukan tugas tersebut.

    ~Majikan memilih Kroni.. majikan jenis ini sememangnya tidak adil.. biarlah perebutan jawatan berlaku dengan menilai kebolehan dengan adil, kerana ini akan meningkatkan mutu kualiti firma/premis berkenaan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadar pengangguran kat m'sia ni sebenarnya tak wujud. bayangkan jumlah pekerja asing melebihi 1 juta...

amridin berkata...

tak wujud ek.. ok nanti aku wat blog untuk kes pekerja asing plak.. yer la mana taknya.. kalau dah semua wat degree ramai2.. pastu nak minta kerja sapu sampah tak mungkin la kan?? tak gitu

Tanpa Nama berkata...

perlu menyemak:)