Isnin, 31 Disember 2007
AZAM TAHUN 2008
Setiap tahun makhluk yang bernama manusia akan mempunyai azam yang tersendiri.. dengan azam yang ditanam di dalam hati dan senubari akan membuatkan seseorang itu maju dalam kehidupan harian... bercakap tentang azam apa azam tahun baru yang telah ditanam dalam diri korang semua..
Untuk tahun 2008 ni aku berazam untuk memperbaiki result dan ingin mencapai anugerah Dekan dalam tempoh 2 semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. . aku akan cuba mengatur strategi dan menanamkan sikap ingin belajar dalam diri.
Selain dari itu, aku juga berazam akan memperbaiki akhlak dan tingkah laku aku.. Bukan apa bila dah umur semakin meningkat.. perangai dah akhlak yang ditunjukkan biarlah lebih elok dan tidak seperti budak2 yang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang...
Aku berharap Azam aku akan tecapai.. Korang dah tahu pasal azam aku... aper pula azamm korang tahun 2008
Sabtu, 29 Disember 2007
HAI SEMUA MEMBER BLOG
Sabtu, 1 Disember 2007
RESULT SEMESETER 2007/2008 1
Rabu, 21 November 2007
HARI TERAKHIR PERPERIKSAAN SEM 2007/2008 1
Usaha telah dilakukan sekarang tinggal masa untuk bertawakal. Harap result semester nie dapat yang terbaik.. so lepas nie nak pilih tajuk untuk PSM (projek Sarjana Muda).. tahun depan graduate.. wah tak sabar rasanya nak abih nie.. Selepas dari 23 nie blog ini akan senyap sekejap kerana aku balik bercuti di kampung sekejap.
Khamis, 15 November 2007
MASJID BESI
BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.
Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.
Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.
Kemudahan disediakan
Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
Dapur
Bilik VIP
Bilik penyelenggaraan
Bilik jenazah
Pejabat
Bilik kawalan audio visual
Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
FAKTA NOMBOR:Masjid Besi, Putrajaya
RM180 juta - Kos pembinaan
60,156 - Meter perseti, luas masjid
20,000 - Kapasiti jemaah.
Khamis, 8 November 2007
MEROKOK ANTARA PUNCA SEMPUT, SALURAN PERNAFASAN SEMPIT
Mengalami batuk yang kerap dan sangat teruk? Batuknya juga berkahak dan dia mudah semput? Adakah batuk seperti ini normal atau tanda sesuatu penyakit. Jika ini berlaku kepada perokok dia adalah disebabkan perokok menghidap penyakit penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD). COPD terbahagi kepada dua keadaan iaitu emfisema dan bronkitis kronik.
Dalam keadaan emfisema, pelampung paru-paru (alveoli) bercantum antara satu sama lain dan mengembang manakala dinding pelampung ini menebal akibat jangkitan yang berulang. Dengan ini penukaran gas oksigen dan karbon dioksida terjejas. Ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas yang kronik dan mudah semput.
Bronkitis kronik pula adalah keadaan yang memperlihatkan sel-sel dinding saluran pernafasan (bronki) menebal dan mengeluarkan kahak yang banyak. Ini mengakibatkan saluran pernafasan itu menjadi sempit. Pesakit akan mengalami batuk berkahak yang berpanjangan dan mudah semput. Pesakit juga mudah mendapat jangkitan paru-paru disebabkan oleh takungan kahak yang banyak.
Antara penyebab keadaan ini adalah tabiat merokok, jangkitan saluran pernafasan yang berulang atau kronik selain pendedahan yang berpanjangan kepada bahan alahan dan jerebu.
Lazimnya penyakit ini muncul apabila berlaku jangkitan paru-paru. Kerosakan pada saluran pernafasan ini adalah kekal. Ia akan berlarutan dan berkembang kepada kegagalan sistem pernafasan.
Cara merawat keadaan ini adalah dengan mengambil ubat pengembang saluran pernafasan (bronkodilator) seperti ventolin atau ipratropium bromide yang berkala, ubat cairkan kahak (mukolator).
Perlu juga untuk pesakit melakukan rawatan fisioterapi paru-paru untuk memudahkan kahak dikeluarkan. Bila berlaku jangkitan, pesakit perlu mengambil antibiotik. Bila keadaan menjadi tenat pesakit akan memerlukan oksigen berpanjangan secara berterusan.
Kita juga perlu mengambil rawatan pencegahan daripada mendapat jangkitan paru-paru seperti mengambil antibiotik secara pencegahan dan vaksin selesema dan pnuemococcus. Jauhi daripada terdedah kepada jerebu, debu, khalayak ramai yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan saluran pernafasan.
Rabu, 31 Oktober 2007
PENGUIN MALAYSIA
PENGUIN kini boleh menetas di Malaysia. Usaha membiakkan hidupan marin antartika itu menjadi kenyataan menjelang jam 10 pagi pada 9 September lalu di Underwater World Langkawi (UWL) di Pantai Chenang, Langkawi.
Kejayaan itu berkat kesabaran 90 kakitangan pusat pelancongan termasyhur itu selama empat tahun untuk membiakkan spesies burung tidak boleh terbang yang sebelum ini cuma menjadi penghuni tetap di Antartika.
Lebih mengagumkan anak penguin dari spesies `Rockhopper' berjaya ditetaskan dalam sarang terbuka selepas melalui proses pengeraman selama 35 hari oleh induknya.
Benua Antartika adalah tempat paling sejuk di muka bumi dengan suhu mencapai -85 hingga -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan pada musim panas pula mencatat 30 darjah Celsius, yang mana jauh berbeza dengan suhu di negara ini.
Kejayaan itu dipercayai yang pertama di negara ini, walaupun tahun lalu UWL pernah mencipta kejutan membiakkan 11 penguin daripada spesies `Black-Footed' berasal dari Afrika Selatan menerusi pengeraman inkubator.
Tinjauan pula mendapati, penguin `Rockhopper' membina sarang menggunakan himpunan ranting dan serpihan kayu, batu karang serta kerikil yang sebelum itu dikumpul kakitangan UWL di pekarangan Penguinarium berharga RM30 juta itu.
Difahamkan, penguin `Rockhopper' juga mempunyai satu musim pembiakan setiap tahun dan akan bertelur sebanyak dua biji pada satu masa dengan perbezaan antara tiga dan lima hari bagi telur pertama dan kedua.
Bagaimanapun, hanya telur yang kedua saja mendapat perhatian induk jantan untuk menjalani proses pengeraman, manakala telur yang pertama biasanya bersaiz lebih kecil akan dimusnahkan induk betina.
Sepanjang tempoh pengeraman, penguin jantan mengambil tanggung jawab sepenuhnya untuk mengeram, manakala penguin betina dilihat berkeliaran di sekitar sarang atau berenang dengan suhu air mencecah 15 darjah Celsius.
Penguin `Rockhopper' dipercayai adalah penguin terkecil di kalangan penguin yang berjambul dengan memiliki ketinggian kira-kira 47 sentimeter (sm) dan beratnya sekitar tiga kilogram.
Penguin `Rockhopper' berasal daripada rangkaian pulau kecil yang tersebar luas di kawasan perairan sub-antartika, khususnya di kepulauan Tristan De Cunha, manakala penguin `Black-Footed' dari Afrika Selatan.
Penempatan penguin pertama di Langkawi dilakukan UWL pada 15 Disember 2003 dengan ketibaan 19 penguin jenis `Rockhopper' dan 17 `Black-Footed' dari Johannesburg, Afrika Selatan menerusi penerbangan selama 16 jam.
Sebaik tiba di Langkawi penguin itu dibawa ke UWL dan diletakkan dalam sebuah bilik khas seluas 570 kaki persegi bersuhu 7-11 darjah Celsius untuk dikuarantin," katanya.
Kini, `Rockhopper' dan `Black-Footed' yang ditempatkan dalam tangki khas dan dilengkapi sistem sokongan hidup yang menepati standard Jabatan Pertanian, Amerika Syarikat menjadi tarikan utama pengunjung ke pusat itu.
"Namun, pengunjung jangan sesekali memasang impian untuk mendekati atau memberi haiwan ini makan kerana ia begitu sensitif dan tidak boleh didekati secara terus dengan manusia.
Pembiakan penguin di UWL
· 15 Disember 2003 penempatan pertama membabitkan 17 penguin jenis `Blackfooted' dan 19 `Rockhopper' diterbangkan dari Johannesburg, Afrika Selatan.
· Setiap seekor berharga RM26,000 dan sebaik tiba di UWL haiwan itu ditempatkan dalam bilik khas bersuhu bawah 15 darjah Celsius.
· Penguin `Blackfooted' berasal dari Pulau Tristan de Cunha, Afrika Selatan, manakala `Rockhopper' dari perairan Sub-Antartika.
· Induk `Blackfooted' mula bertelur pada awal Februari 2006 dan menetas menerusi kaedah inkubator pada pertengahan Mac tahun itu.
· Induk `Rockhopper 'mula bertelur pada awal Ogos 2006 dan menetas menerusi kaedah pengeraman semula jadi pada 9 September lalu.
· Tempoh pengeraman inkubator selama 40 hari, manakala pengeraman semula jadi oleh penguin jantan cuma 35 hari.
· Mengikut putaran hayat, seekor penguin mampu bertelur dua kali setahun, antara Februari dan Mac serta Ogos dan September dan ia akan mula bertelur ketika berusia antara enam dan 12 tahun, selain mampu hidup sehingga 25 tahun.
· Lebih setahun lalu, sebanyak 10 telur penguin `Blackfooted' dan dua `Rockhopper' berjaya ditetaskan menerusi kaedah inkubator dan pengeraman semula jadi oleh pasangan induk masing-masing di UWL.
· Jumlah semasa penguin yang dimiliki UWL ialah 21 `Rockhopper' dan 28 `Blackfooted'.
Sabtu, 27 Oktober 2007
RUMAH TERBUKA
Sudah 2 minggu bulan syawal berlalu… tetapi ianya masih disambut dengan meriah lagi oleh masyarakat Malaysia.. mana taknya.. masih ada rumah terbuka disana sini… bagi aku rumah terbuka ini bagus untuk megeratkan silaturahim sesama kita.. yer la dapat bertemu dengan kawan-kawan lama yang dah lama tak dengar khabar berita.. yang datang betandan bukan hanya sesame muslim malah ada juga dari agama lain yang datang bertandang..
Selain dapat memberikan ikatan silaturrahim… ianya juga mengutungkan aku yang dijemput kesana sini untuk menghadiri rumah terbuka yang diadakan.. so nak tak nak jimat la sikit duit aku untuk perbelanjaan bulan nie..
Isnin, 22 Oktober 2007
KEPULANGAN Dr. SHEIKH MUSZAPHAR
ANGKASAWAN pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah selamat kembali ke bumi semalam apabila kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawanya pulang, mendarat mengikut jadual dekat bandar Arkylk, Kazakhstan, petang semalam. Ketibaan Dr Sheikh Muszaphar dan dua lagi krew Ekspedisi ke-15 di ISS iaitu dua angkasawan Russia, Fyodor Yunchikin dan Oleg Kotov yang sudah berada di sana sejak enam bulan lalu. Mereka disambut delegasi pegawai kanan misi terbabit termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 8.15 malam (12.15 pagi, Malaysia).
Kita harus bersyukur kerana angkasawan pertama negara selamat mendarat dan berjaya melakukan misinya dengan sempurna. "Kejayaan misi ini adalah satu peristiwa bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia kerana ia membuka satu lagi lembaran baru dalam kejayaan negara, khususnya dalam sektor penerokaan angkasa lepas," kata Timbalan Perdana Menteri. Angkasawan Malaysia itu dijadualkan berada di sana untuk tempoh dua minggu lagi bagi tujuan kuarantin, sebelum kembali ke tanah air.
Sabtu, 20 Oktober 2007
AIDILFITRI 2007
Pada tahun nie… raya aku lain dari yang sebelum-sebelum nie… kalau dahulu aku hanya menziarahi pusara atuk dan nenek.. tapi sekarang… aku menziarahi pusara arwah ayah… sedih juga bila selalu beraya melihat wakah ayah tapi kali nie ayah hanya dalam ingatan..aku hanya mampu berdoa moga arwah ayah dicucuri rahmat Ilahi..
Tahun2 lepas aku tak pernah kuar beraya di tanah besar.. sekadar beraya dalam pulau langkawi sahaja.. tapi untuk raya tahun nie aku Cuma sehari jer beraya di dalam pulau langkawi… pada hari raya kedua aku ke Gerik perak… beraya bersama dengan keluarga angkat…. Ini kali pertama aku ke rumah mak angkat untuk beraya bersama mereka… wajah gembira mereka membuatkan aku hilang letih bertolak dari langkawi ke Gerik perak.. Pada hari raya kedua aku telah bertolak ker penang… melawat makcik aku yang sedang sakit… beraya di penang sempat juga aku keluar memancing dengan anak sedara aku… walau tak dapat ikan.. aku puas sebab memancing memang hobi aku… kalau aku kat langkawi pun aku selalu pergi memacing dengan member2 kampung..
Pulang aku ke langkawi pada hari raya keempat tapi aku tak dapat la nak beraya sakan.. aku punya kerja masih banyak… so terpaksa la buat kerja sambil2 study untuk Final yang tak lama lagi… hari nie 20 Oktober aku dah berada di johor… ingat hari nie nak pergi rumah member2 yang dekat kawasan johor la plak…
Ahad, 7 Oktober 2007
KAD RAYA
Jumaat, 5 Oktober 2007
AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar:
5. Zikrullah:
6. Bertasbih:
7. Selawat:
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."
Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."
Rabu, 26 September 2007
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAH KEUTAMAAN BERAMAL DIDALAMNYA
- Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
- "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadan: Di bulan Ramadan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadan." (Riwayat Ahmad dan Nasai )
- " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum'at sampai solat Jum'at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim)
- "Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa?at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).
- "Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu." (HR. Bukhary Muslim).
- Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim).
Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :
- Bulan Ramadhan adalah:
- Bulan yang penuh Barakah.
- Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
- Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
- Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
- Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).
- Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
- Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
- Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
- Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).
Sabtu, 15 September 2007
AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN
PAGI
Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya
Zikir
- La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
- Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
- Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
- Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)
TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
SOLAT SUNAT
- Solat sunat Isyraq
- Solat sunat Dhuha
- Solat sunat Tasbih dan
- Membaca al-Quran
- Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa
ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)
PETANG
1) Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2) Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3) Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4) Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5) Selawat: (10/100 kali)
MAGHRIB:
- berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib
- solat sunat Awwabin
- membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)
ISYAK:
Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
solat sunat Terawih, sunat witir
membaca al-Quran
TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh
Solat sunat wuduk
Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).
Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada
suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)
BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.
Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.
Jumaat, 14 September 2007
RUKUN PUASA BULAN RAMADHAN
- "... dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai alam...( AL-Baqarah : 187).
- "Adiy bin Hatim berkata : Ketika turun ayat ; artinya (...hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam...), lalu aku mengambil seutas benang hitam dan Seutas benang putih, lalu kedua utas benang itu akau simpan dibawah bantalku. Maka pada waktu malam saya amati, tetapi tidak tampak jelas, maka saya pergi menemui Rasulullah saw. dan saya ceritakan hal ini kepada beliau. Beliapun bersabda: Yang dimaksud adalah gelapnya malam dan terangnya siang (fajar). " ( H.R. Bukhary Muslim).
- "Allah Ta'ala berfirman : " Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengiklashkan ketaatan untukNya " ( Al-Bayyinah :5)
- "Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan." ( H.R Bukhary dan Muslim).
- "Diriwayatkan dari Hafshah , ia berkata : Telah bersabda Nabi saw. : Barangsiapa yang tidak beniat (puasa Ramadhan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya ." (HR. Abu Dawud) Hadits Shahih.
KESIMPULAN:
Keterangan ayat dan hadit di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa rukun puasa Ramadhan adalah sebagai - berikut :
- Berniat sejak malam hari ( dalil 3,4 dan 5).
- Menahan makan, minum, koitus (Jima') dengan istri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari ( Maghrib), ( dalil 1 dan 2).
Khamis, 13 September 2007
BERSAHUR
Apa yang nak disentuh hari kali nie.. aku cerita nak berkongsi tentang sahur pagi nie.. bagi aku, sudah setahun aku tak makan awal.. bila nak mula makan awal pagi untuk bersahur, mood untuk makan tiada.. tetapi memandangkan kalau tak makan aku kelaparan nanti siang... aku berusaha juga untuk makan...
Bagi orang yang berada dirumah, tiada masalah untuk bersahur.. tetapi untuk aku yang berada di hostel.. pagi nie aku keluar pukul 4.30 pagi.. tetapi nasib tak menyebelahi aku.. lauk telah kehabisan.. so terpaksa la mencari tempat yang masih ada lauk pauk untuk dimakan..
Aper pun.. aku sempat gak bersahur pagi nie.. so korang leh la citer macam na korang punya mood nak bersahur hari nie...
Ahad, 9 September 2007
TAHNIAH PASUKAN HIJAU KUNING
TAHNIAH kepada pasukan kedah kerana telah Berjaya dalam perlawanan semalam untuk menewaskan pasukan Perak…
Setelah kemenangan yang melengkapkan musim gemilang barisan pemain kendalian Azraai Khor Abdullah selepas sebelumnya muncul juara saingan Liga Super dan memenangi Piala FA, musim ini. Kedah kini telah membuat Selangor tidak dapat berbangga lagi dengan Rekod yang mereka lakukan iaitu 3 piala pada satu musim..
Kita dapat lihat semalam aksi permainan disaksikan lebih 80,000 penyokong itu bermula dengan Kedah mempamer corak agresif untuk kerap kali menguji benteng lawan ketika Perak lebih mengharapkan ancaman menerusi gerak serang balas pantas.
Asakan itu mendatangkan hasil apabila Kyril Muhymeen, mendapat hantaran cantik Marlon Alex James pada minit ke-25, memperdayakan Azlan Zainal sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol Perak, Nasril Nordin untuk gol pertama perlawanan.
Belum sempat Perak bangkit mengatur rentak, Kedah sekali lagi menembusi gawang kawalan Nasril menerusi rembatan James hasil umpanan Hasmawi Hassan untuk kedudukan 2-0, seminit kemudian.
Babak kedua terus menyaksikan penguasaan Kedah yang bagaimanapun hampa apabila beberapa peluang awal yang dimiliki, gagal diterjemahkan menjadi jaringan tambahan.
Sembilan minit sebelum tamat, James memastikan Perak pulang dengan penuh sengsara apabila tenang menerima umpanan sebelum meledakkan rembatan menewaskan Nasril untuk gol ketiga Kedah.
Jumaat, 7 September 2007
TIMUN DAN SATE
Makanlah timun setelah memakan sate Anjuran ini bukan semata-mata untuk kepentingan mulut. Namun, demi kesihatan tubuh. Mengapa?
Kalau anda makan sate, sebanarnya sate yang dimakan mempunyai karbon hasil daripada pembakaran dari arang yang digunakan. Ini akan menyebabkan berlakunya cancer. Oleh itu timun adalah satu cara untuk mencegah cacer setelah kita makan sate. Buktinya daging ayam atau kambing atau apa-apa daging yang dibakar akan mengandungi KARSINOGEN (penyebab cancer) dan timun pula mempunyai ANTI KARSINOGEN.
So lepas nie sesiapa yang mengemari sate.. jangan lupa makan timun sekali lepas makan sate kalau tak nak diri di hinggapi penyakit cancer..
Rabu, 5 September 2007
JAGA GIGI BOLEH ELAK MASALAH JANTUNG
Seorang Pakar dari London menemui cara paling mudah mengelak dari serangan jantung iaitu dengan memberus dan membersihkan gigi selalu, lapor akhbar Daily Mail.
Amaran supaya kerap membersihkan gigi dikeluarkan selepas doktor mendapati golongan yang mempunyai sekatan paling teruk dalam arteri mereka turut mengalami penyakit gusi teruk.
Ada bukti semakin jelas antara penyakit gusi dan jantung tetapi dakwaan kajian itu adalah yang pertama menunjukkan setiap penyakit itu mungkin berkaitan.
Penyakit gusi kronik yang digelar periodontitis, terjadi apabila sisa buangan atau plak berkumpul di sekitar gigi dan menyakitkan gusi. Plak tertanggal apabila gigi dijaga dengan sempurna.
Bagaimanapun, kegagalan memberus dan membersihkan gigi boleh membawa kepada gusi yang sakit dijangkiti. Gigi menjadi longgar malah tercabut.
**Pesanan: kepada sesiapa yang malas gosok gigi tu… fikir-fikirkan la.. bukan gigi jer rosak.. tapi jantung terlibat sekali.. kalau sayangkan kesihatan jaga lah kebersihan diri
Selasa, 4 September 2007
SOALAN MENCABAR
MINGGU lepas aku terlalu sibuk untuk menyiapkan projek aku dalam bentuk numerical method (Kaedah Berangka) yang mana soalan sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk numerical sebenarnya.. soalan yang diberi adalah seperti dibawah
You and your treasure hunter friends had discovered crates of gold and valuables inside an active volcanic crater. You decided to bring the treasures out of the pit as soon as possible before the active volcano erupts again in Ï„ minutes. Using the ropes and a notebook that you have brought, devise a way to bring the crates out of the crater and to safety. Set up the problem and represent it mathematically. Justify your answer with calculations and explanations. Provide graphic representation if necessary.
Selain itu terdapat pelbagai tugasan yang terpaksa aku siapkan.. seperti FEM (Finite element Method) dan lain2.. so hari nie baru dapa nak tengok2 blog member2
Rabu, 29 Ogos 2007
Tag TENTANG LIMA PERKARA
Pertama sekali nak minta maaf la sebab tak dapat nak masukkan gambar sebab ada problem skit…
5 BENDA DALAM BEG
- Pensil
- Pen
- Calculator
- Buku nota
- Buka teks engineering
5 BENDA DALAM DOMPET
- Wang 1000 Rupiah
- My Kad
- Kad Bank CIMB
- Kad Bonus Link
- Lesen Memandu
5 PERKARA SEDANG DILAKUKAN
- Tengah study Subjek engineering
- Update blog dengan Calendar baru
- Layan Lagu kat Laptop
- Sms dengan Makwe
- Chat Yahoo Messenger
5 PERKARA YANG INGIN DILAKUKAN
- Mengerjakan haji
- Jaga mak dengan baik
- Bina Banglo Mewah
- Dapat Status Ir.
- Menghasilkan satu design yang baru
5 KEGEMARAN DALAM BILIK
- Laptop
- Radio percuma Xpax (dengar sinar.fm)
- Koleksi buku-buku lepas.
- Teddy Bear hadiah dari Makwe
- Katil (sedap kalau tidur)
Sabtu, 25 Ogos 2007
FORUM DI YOUR LIFE IS COLOURFUL
meh la beramai kita join dalam http://amridin85.20.forumer.com/index.php nie.. forum nie aku buat untuk kita semua dapat berkongsi idea dan meluahkan pendapat atau mengajukan soalan..
UNTUK MEMUDAHKAN ANDA BAGI PENGGUNAAN FORUM INI:
1. ANDA HARUS MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KEPADA FORUM http://amridin85.20.forumer.com/index.php (SENANG JER.. KLIK JER PADA REGISTER)
2. LEPAS KORANG DAH REGISTER.. KORANG KENA VERIFY KORANG PUNYA EMAIL.. (MASUK KAT EMAIL KORANG PASTU KLIK PADA VERIFY EMAIL YANG DIBERI)
3. PASTU KORANG DAH JADI AHLI FORUM NIE.. SO LEH LA GUNA FORUM NIE.
So meh la yer jadi member kepada forum nie..
Jumaat, 24 Ogos 2007
FIKIRKAN SEJENAK
Dalam kelam malam,
Aku berlari keseorangan,
Menuju sebuah pondok usang,
Dengan penuh ketakutan.
Pondok usang kini aku diami,
Pelbagai perubahan telah aku lakukan,
Demi merubah keadaan,
Yang gelap cuba aku terangkan.
Dalam tika aku cuba merubah,
Kenapa ada yang iri hati,
Ingin merobohkan pondok usang,
Dengan pelbagai cara mereka lakukan.
Aku tidak peduli,
Biarpun orang iri hati,
Biar pun ada khianat dan dengki,
Pondok usang akan ku ubah,
Jadikannya ianya sebuah yang mewah.
Kata-kata di atas aku merujuk kepada keadaan semasa sekarang.. kenapa ada yang cuba mengkhianati atau cuba iri hati dengan pelbagai cara mereka lakukan untuk menjatuhkan seseorang.. kenapa tidak ada yang ingin membantu atau jika ada pun segelintir sahaja..jika dulu bangsa kita dijajah dan terdapat sejarah hitam, bukan mudah untuk kita dapatkan kembali Negara ini dengan penuh kekejaman dan ketakutan.. kenapa hari ini kita tidak sama2 berganding bahu untuk melakukan perubahan kepada masyakat, bangsa dan agama.. fikirkan sejenak.. apa kita tergolong dalam orang yang cuba meroboh pondok usang.. atau orang yang cuba merubah pondok hitam
Rabu, 22 Ogos 2007
Graduan UTM penerima PhD termuda
Dalam tempoh seminggu, rekod Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda negara, kemudian ianya dipecahkan pula apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru.
Pada majlis itu, Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25, akan dianugerahkan ijazah PhD, sekali gus mengatasi rekod Siti Norasmah Surip, 26, yang menerima ijazah sama pada konvokesyen UKM minggu lalu. Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak dan memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000.
Beliau kemudian mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan tamat pada 2003. Beliau diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu pada peringkat sarjana.
Disebabkan pencapaian cemerlangnya pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.
Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.
Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.
Sharifah Rafidah kini dilantik pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.
UTM juarai Uniten Rowing Invitational 2007
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjuarai pertandingan Uniten Rowing Invitational 2007 selepas mengutip 96 mata, mengatasi pencabarnya, Universiti Malaya (UM) yang menduduki tempat kedua dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 89.
Tempat ketiga dimenangi Universiti Tenaga Nasional (Uniten), apabila berjaya mengumpul sebanyak 75 mata dan semua pemenang membawa pulang sijil dan piala. Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden/Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
Pertandingan anjuran bersama Uniten dan Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama) itu diadakan selama empat hari mulai 16 Ogos lalu bertempat di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan tahun ini iaitu 13 pasukan mewakili institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, manakala baki tiga pasukan lagi mewakili Singapura dan Filipina.
Antaranya, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Ateneo, Filipina; Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
Selain itu penyertaan dari empat pasukan sekolah menengah sekitar Putrajaya iaitu Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya; Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 1 dan SMK Putrajaya 2.
Sementara itu, Che Khalib ketika berucap berkata, pertandingan itu diadakan sejak 2005 dengan hanya enam penyertaan.
"Pertandingan ini bertujuan memperkenal dan mempopularkan sukan mendayung di kalangan pelajar IPT, sekali gus mengenengahkan Pusat Rekreasi Air Putrajaya sebagai lokasi utama sukan air negara.
"Lagipun, TNB yakin sukan adalah kegiatan luar terbaik untuk membina j ati diri golongan muda," katanya.
Katanya, kegiatan mendayung menerapkan tiga elemen penting iaitu kekuatan, daya ketahanan dan semangat berkumpulan, yang amat penting dalam kehidupan seharian.
MINI KONSERT PESTA KONVO KE 39
Ahad, 19 Ogos 2007
AUTOSHOW KONVO KE 39 UTM
Untuk pertandingan Autoshow ianya bermula pada pukul 1 tengah hari lebih kurang 30 kereta yang masuk bertandingan dalam beberapa katogeri dalam Autoshow yang dianjurkan ini.. Apa yang hebatnya dalam pertandingan Autoshow ini adalah pelbagai jenis kereta yang dihiaskan.. hingga ada yang mencecah 60 ribu untuk menghias kereta sahaja..
selain itu, terdapat juga kumpulan Vespa yang membuat pertunjukan seperti Vespa paling lambat.. ala-ala pertandingan basikal lambat tu... memang meriah la hari ini di tapak pesta... rugi la kepada sesiapa yang berkunjung..
setelah kita puas melihat pertunjukan seperti diatas kita di dihiburkan dengan persembahan PSI (seeker's) oleh Uncle dan anak buahnya.. selain itu ada lakaran grafiti untuk pesta konvo ke 39 ini.
malam ini pula akan dihangatkan dengan nyanyian mini konsert yang dianjurkan oleh Akhbar Kosmo.. memang best la...
Jumaat, 17 Ogos 2007
PESTA KONVO UTM KE-39
Datang la berkunjung beramai-ramai ke Pesta Konvo UTM Skudai untuk memeriahkan majlis Pesta Konvokesyen ke-39 ini.. Terdapat pelbagai yang menanti anda di tapak pesta ini.. antara yang menarik yang terdapat di pesta konvo ini ialah rumah hantu.. memang seram la… sure terkejut punya kalau korang masuk dalam rumah hantu ini.. selain itu terdapat green golf mini yang mempunyai tujuh lubang dan permainan ini hanya diadakan di Pesta Konvo UTM sahaja dan tiada ditempat lain.. selain itu.. untuk yang ingin menaiki beca.. beca juga disediakan untuk para pengunjung bergambar dan mengelilingi tapak pesta konvo ini dengan menaiki beca… UNTUK MAKLUMAT LEBIH TERPERINCI DIBAWAH ADALAH TENTATIF PROGRAM..
17 0G0S
JAM 2 PETANG : PERSEMBAHAN SENI BELA DIRI
JAM 8 MALAM : PERTANDINGAN SUARA PARIOTIK DAN NASYID
18 OGOS
PERTADINGAN MEMASAK
UTM EXPLORACE
FUTSAL TAJAAN CELCOM
JAM 2 PETANG : SARINGAN JUARA KUGIRAN BERSAMA KARTUNIS MOY
JAM 8 MALAM : PETANDINGAN AKHIR JUARA KUGIRAN
19 OGOSJAM 9 MALAM:MINI KONSERT BERSAMA
- FAZLI ZAINAL
- JAY JAY
- ARIS ARIWATAN
- SAIFUL (M.I)
Khamis, 16 Ogos 2007
BASIKAL KAYU
BASIKAL memang biasa kelihatan di mana-mana namun pernahkah anda melihat basikal yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya?
Memang ia tidak boleh ditunggang namun kehadiran basikal berkenaan di Galeria Perdana, Langkawi nyata mampu menarik perhatian ramai pengunjung.
Basikal yang menjadi koleksi peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini dihadiahkan oleh warga Sekolah Menengah Vokasional Muadzam Shah, Pahang pada 1994.
Basikal antik ini dihasilkan daripada campuran kayu cengal dan papan lapis serta lima peratus besi untuk bahagian tertentu.
Ia disiapkan pelajar dan guru sekolah berkenaan dalam tempoh dua bulan sempena pertandingan Kemahiran dan Rekacipta Peringkat Kebangsaan 1994. Seperti diduga, basikal ini memenangi pertandingan itu dan pihak sekolah mengambil keputusan untuk menghadiahkannya kepada Tun.
Biarpun berusia 13 tahun namun kerana dijaga rapi, basikal ini masih kelihatan baru dan berkilat, tidak hairanlah ramai pengunjung seakan tidak percaya umurnya.
Antara koleksi yang dipamerkan bersama ialah beberapa jenis basikal termasuk basikal bermotor baron, elektrik, basikal lumba Shogun dan lumba Colnago, Itali.
Selain itu, ruang pameran di tingkat bawah blok C ini turut memuatkan pelbagai jenis koleksi kenderaan Tun yang dihadiahkan orang perseorangan mahupun syarikat terkemuka.
Pastinya, ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan bersama kereta lumba Formula Satu, F1 Sauber Petronas yang pernah dinaiki Nick Heidfeld.
Selain itu, ada tiga kereta kuda antik turut dipamerkan antaranya dari Argentina dan Kelantan.
Namun, koleksi kenderaan ini hanya sebahagian saja. Lengkapkan kunjungan anda ke pameran cenderahati dan anugerah terbesar negara ini dengan melihat sendiri pelbagai koleksi Tun dan isteri yang begitu unik serta mempunyai makna tersendiri.
Galeria Perdana yang mempunyai tiga bangunan dibahagikan mengikut kategori tertentu seperti tingkat bawah blok A yang menempatkan hadiah unik daripada jenis batu, kristal, kaca serta batuan permata manakala tingkat satu memuatkan barangan hiasan rumah yang diperbuat daripada porselin serta tekstil yang memaparkan unsur Islam.
Sementara itu, pengunjung juga pasti terpegun dengan sebuah ukiran batu yang digelar Window of Opportunity di depan pintu masuk terbaru Galeria Perdana.
Batu berusia jutaan tahun ini dibawa khas dari Zimbabwe dan diukir oleh juruukir terkenal, Gerald Takawira.
Dengan ketinggian tiga meter, ukiran batu ini disokong oleh ukiran lima bilah menegak yang menggambarkan kunci utama kepada pembangunan infrastruktur negara serta visi, strategi dan polisi Tun Dr Mahathir.
Isnin, 13 Ogos 2007
HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Jumaat, 3 Ogos 2007
APA BESTNYA LANGKAWI
kalau datang langkawi jangan la lepaskan peluang
Rabu, 1 Ogos 2007
CORETAN MERDEKA
Tanah Airku,
Dahulu engkau milik melayu,
Berpijak pada naungan yang satu,
Tetapi bertuankan barat,
Kerana ianya angkara penipu..
Tetapi itu dahulu
Sesudah kita menuntut merdeka
Perundingan itu cara kita
Kejayaan dinikmati pelbagai bangsa
Sesudah kini kita merdeka,
Menuju pula kepunjak jaya.
Kita sudah kembali berkuasa
Melonjak tinggi di persada dunia
Walau semuanya kita kecapi bersama,
Jangan lah kita mudah lupa
Penat lelah perjuangan mereka
Menuntut kemerdekaan untuk Malaysia
COPYRIGTH: MOHD AMRI B. DIN
TIPs KETIKA BERPASANGAN
Setiap orang akan hidup berpasangan apabila sudah sampai masa dan ketikanya, kita tahu bahawa jodoh itu ketentuan ilahi… Tetapi adakah kita perlu berdiam diri?? Tentu tidakkan… Kita tentu akan mencari pasangan yang serasi dan secocok dengan kita.. Adakah mudah untuk mendapat pasangan yang dikatakan begitu serasi dan secocok ini.. "sedangkan lidah lagikan tergigit"…. untuk yang sudah berpasangan atau belum berpasangan… di sini dimuatkan tips untuk kita renungi bersama adakah ianya bagus atau tidak.. jika bagus jadikan ia sebagai ingatan.. jika tidak usah peduli tips ini..
JADIKAN PASANGAN ANDA SEBAGAI SAHABAT SEJATI
KEBALKAN DIRI TERHADAP KRITIKAN YANG DATANG
BANGKITKAN PUJIAN DAN PENGHARGAAN TERHADAP PASANGAN ANDA
HILANGKAN SIFAT MENGONGKONG
MULAILAH DENGAN CARA YANG RAMAH DAN MESRA
ADA HIKMAH DI SEBALIK MASALAH DAN KEJADIAN
SALING BERKONGSI PENGALAMAN BARU
HARGAI SIFAT DAN PERASAAN YANG ADA
JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Isnin, 30 Julai 2007
MENGAPA MENGANGGUR
Kadar pengangguran di Negara ini semakin meruncing kebelakangan ini. Mengapa ini berlaku?? Kita selalu mendengar Graduan masa kini mengeluh kerana usaha mencari kerja tidak membuahkan hasil. Dalam perkara ini kita kita tidak beloh menyalahkan Graduan sahaja atau menyalahkan majikan sahaja.. Malah dari permerhatian terhadap kedua-duanya ada sedikit yang harus diperbaiki.. Pada pandangan saya, berikut adalah sebab mengapa berlaku pengangguran..
- Disebabkan Graduan
~Graduan yang melahirkan diri mereka sendiri sebagai graduan tidak berkualiti. Ini berlaku semasa di peringkat pengajian tinggi dimana mereka hanya mengejar untuk mendapat segulung Ijazah/diploma. Ilmu yang mereka pelajari akan dilupakan setiap kali memasuki semester baru.. ini akan member kesan kepada Graduan dimana mereka hanya mempunyai segulung ijazah/diploma tetapi tidak tahu dalam aplikasi sebenar.
~Graduan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Dimana mereka tidak yakin untuk berdepan dengan interview dan tidak yakin bahawa mereka boleh melakukan tugas/jawatan yang dipohon.
~Lemah dalam pengusaan bahasa Inggeris. Dimana ketika ini pengusaan bahasa inggeris adalah penting dan harus dipelajari untuk kita bersaing dalam mendapatkan kerja..
- Disebabkan Majikan
~Majikan yang mahukan perkerja yang berpengalaman.. Jika lihat pada mana-mana iklan jawatan kosong. Kita dapati kelayakan untuk memohon pekerjaan tersebut adalah pengalaman selama beberapa tahun walaupun bukan dalam bidang pekerjaan kritikal. Oleh itu bagaimana dengan fresh Graduan untuk mendapatkan jawatan tersebut. Ingatlah wahai majikan..
"sebelum kamu bekerja.. kamu juga dalam golongan yang tak berpengalaman.. siapa yang beri kamu pengalaman.. tentu disebabkan peluang.. Apasalahnya jika beri peluang kepada fresh graduan untuk mereka tunjukkan yang mereka mampu melakukan tugas tersebut.
~Majikan memilih Kroni.. majikan jenis ini sememangnya tidak adil.. biarlah perebutan jawatan berlaku dengan menilai kebolehan dengan adil, kerana ini akan meningkatkan mutu kualiti firma/premis berkenaan.
Ahad, 29 Julai 2007
KEPENTINGAN SEL STEM
Semalam aku menonton rancangan di TV3.. Rancanga Majalah3 yang mengisarkan tentang kepentingan sel stem dalam perubatan untuk membantu manusia yang menghadapi penyakit-penyakit tertentu.. hari nie.. aku nak la korang semua tahu akan kepentingan sel stem tu..
Pada suatu waktu dulu, bidang bioteknologi juga menerima desakan demi desakan akibat daripada pertikaian hukum-hukum Islam terutama yang melibatkan aspek biologi seperti sel stem darah tali pusat, sel stem embrio, darah tiruan, pengklonan, dan sebagainya.
Bercakap mengenai soal hukum penggunaan sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan, tetapi bagi tujuan komersial adalah diharamkan.
Sebenarnya sel stem ini adalah jalan yang terbaik untuk orang yang mengalami masalah penyakit genetik. Ianya melibatkan bidang bioteknologi yang semakin hari semakin hangat diperkatakan di Malaysia ini.
Apakah sel stem?
Sel stem ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan darah tali pusat? Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali pusat merupakan punca yang baik bagi sel stem.
Sel stem adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya untuk bayi dan keluarga.
Sel stem yang ada di dalam tali pusat adalah blok binaan kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelets iaitu sel yang akan memulihkan kecederaan. Kini, penyelidikan tenatng sel stem semakin giat dijalankan dan telah terbukti ia mampu berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pakreas dan rawan. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.
Menurut Dr. Musa Mohd. Nordin, pakar perunding Pediatrik dan Neonatal, terdapat dua punca utama untuk sel stem, iaitu:
1. Sel stem dewasa: sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina mata).
2. Sel stem embrionik: sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
Jenis-jenis sel stem pula ialah:
1. Sel stem totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.
2. Sel stem pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.
3. Sel stem multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.
4. Sel stem progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100 ml darah ini boleh membina semula system hemopoietik dalam pesakit kecil seperti kanak-kanak. Darah tali pusat berlainan dengan darah dari sel stem yang lain kerana darah tali pusat adalah darah yang paling muda dan selamat. Ia juga mudah diperolehi iaitu hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.
Kebaikan transplantasi (pemindahan) darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sum-sum tulang atau darah peripheral?
Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat misalnya, cyclophospamida dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sum-sum tulang. Selain itu, transplantasi darah tali pusat juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft versus host.
Petunjuk saintifik membuktikan kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Oleh itu, kutipan darah tali pusat disyorkan dalam situasi-situasi tertentu terutama bagi keluarga yang mempunyai penyakit genetik. Situasi tersebut adalah;
1. Seseorang anak yang menghidap leukimia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakit itu berulang dan dia memerlukan transplantasi
2. Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui
Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput selagi teknik menyimpannya dilakukan dengan baik iaitu disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku 196°c. Penyelenggaraan yang baik akan sentiasa memberi manfaat kepada bayi ini dan ahli keluarganya apabila mereka ditimpa penyakit-penyakit yang kritikal.
Walau bagaimanapun, keberkesanan darah tali pusat ke atas saudara jauh atau individu di luar kelompok keluarga bergantung kepada keadaan penyakit yang dihadapi. Dan darah tali pusat bayi yang menghadapi penyakit sindrom down pula, hanya boleh digunakan ke atasnya sahaja.
Pemindahan darah tali pusat juga bergantung kepada keserasian penderma-penerima, jumlah sel stem yang berada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi oleh seseorang. Proses pengumpulan darah tali pusat juga tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko kepada ibu dan bayi. Selain itu, sel stem darah tali pusat jua lebih mudah diterima oleh badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah.
Kini, darah tali pusat yang disimpan di dalam bank mula mendapat perhatian pelbagai pihak setelah usaha menyebarkan kebaikan dan kepentingan darah ini kepada masyarakat dilakukan secara telus. Melalui bank darah tali pusat oleh Pusat Darah Negara yang disediakan oleh kerajaan, setiap ibu bapa boleh menyimpan aset biologi ini dengan lebih selamat dan terancang untuk jangka masa panjang yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi dan ahli keluarga yang lain sekiranya diperlukan.
Selain Pusat Darah Negara, terdapat beberapa buah pusat penyimpanan darah tali pusat swasta yang turut mengembangkan teknologi ini kepada masyarakat iaitu Stemlife Berhad, Cryocord Sdn.Bhd., dan Cellsafe International (CSI) Sdn. Bhd. Bergantung kepada ibu bapa mahu memilih pusat yang mana satu sebagai pusat pelaburan sel stem anak-anaknya. Ini merupakan satu insuran hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka.
Namun, menurut Dr. Musa Mohd. Nordin, jumlah darah tali pusat yang dikutip sewaktu lahir adalah 80 -100 ml yang hanya cukup untuk bayi atau anak yang kecil. Apabila mereka dewasa, sel stem yang telah disimpan sejak mereka kecil tidak mencukupi untuk membantu mereka menjalani rawatan penyakit kritikal. Oleh itu, beliau menyarankan agar semua orang awam mengambil inisiatif menyimpan tali pusat bayi untuk kegunaan bersama. Pengumpulan tali pusat ini akan membantu mereka yang memerlukan dan bukannya untuk kegunaan sendiri sahaja kerana telah terbukti tiada anggaran yang tepat kebarangkalian anak memerlukan sel sendiri yang disimpan..
Memandangkan keistimewaan darah tali pusat ini, ibu bapa harus berhati-hati dengan teknologi baru yang mula berkembang di Malaysia. Setiap darah tali pusat yang ingin disimpan harus mengambil kira soal kepercayaan kepada penyimpannya. Jika anda berhasrat untuk menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan peribadi keluarga, tujuan kaji selidik dan perubatan, anda harus sentiasa meningkatkan pengetahuan dan memantau perkembangan teknologi sel stem di sekitar anda agar tiada unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jika anda berhasrat untuk menderma darah tali pusat bayi anda pula, ia merupakan suatu usaha yang murni yang boleh membantu orang lain untuk sembuh daripada penyakit mereka. Pemilihan Bank Darah Tali Pusat Nasional yang bukan bertujuan mendapatkan keuntungan, agak bertepatan dengan objektif anda membantu orang lain. Ini kerana melalui bank darah ini, doktor-doktor boleh melakukan carian di senarai penderma awam untuk mendapatkan sampel daripada orang yang bukan saudara pesakit sebagai punca alternatif pemindahan sel stem.
Sabtu, 28 Julai 2007
KEPERCAYAAN TENTANG TURUTAN PERKAHWINAN
Hari ni ada terbaca akhbar.. Dimana ianya membincangkan mengenai isu perkahwinan yang mengikut urutan mengikut kepercayaan orang tua-tua dahulu.. Untuk sesape yang tidak sempat membaca topik nie didada akhbar.. Maka ianya dimuatkan dalam blog nie..
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
Diceduk dari:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Keluarga/20070728095028/Article/